dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Terselamat selepas terjatuh dari tingkat lapan. | Seronok Punya!

Followers

Terselamat selepas terjatuh dari tingkat lapan.

,


BRIMINGHAM, Britain - Seorang lelaki, Angelo Nicotra bernasib baik dapat berjalan semula setelah hampir semua tulangnya patah akibat terjatuh dari tingkat lapan flatnya pada ketinggian 30.48 meter, lapor sebuah akhbar.

Sebanyak 14 tulang lelaki berusia 22 tahun itu patah, manakala beberapa lagi tulangnya retak apabila dia menghempap laluan konkrit di laman flat berkenaan.

Dia telah mengambil pil tidur dan tidak dapat mengingati insiden terjatuh dari tingkap bilik tidurnya pada disember lalu.

Doktor-doktor yang merawatnya kagum kerana dia tidak mati dalam kejadian tersebut.

Namun, Nicotra terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.

"Doktor cuma memberi saya peluang 20 peratus untuk hidup. Mereka terkejut kerana saya sembuh dengan begitu cepat dan kini boleh berjalan semula," katanya di sebuah hospital di sini.

Mengulas kejadia itu, pakar ortopedik Hospital Heartlands, tempat dia dirawat, Dr. Andeas Sambatakasis berkata, "saya belum pernah melihat seseorang terselamat selepas terjatuh dari tempat  yang begitu tinggi,".

0 Komen to “Terselamat selepas terjatuh dari tingkat lapan.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger