dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c May 2011 | Seronok Punya!

Followers

Video : Bangla nyanyi lagu suci dalam debu, sebijik macam salem!

,
Video curik dari youtube ni, memang gempak la bangla ni....Orang kate sebijik suara macam salem...tak caya tengok sendiri.

Read more

Tangkapan terbaik dalam sejarah!

,
Lihat bagaimana dia menangkap bola semasa ditemuramah. Dah macam superhero dah! mengkagumkan!
Read more

Kolam penguin RM9.93 juta di Zoo London

,
LONDON - Sebuah kolam terbesar penguin berharga £2 juta (RM9.93 juta) dibuka kelmarin di Zoo London di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia mempunyai ruang untuk pengunjung melihat apa yang berlaku di dalam kolam itu menerusi tingkap yang disediakan.
SEORANG kanak-kanak melihat aksi penguin di Zoo London baru-baru ini.
Read more

Mata murid buta dicucuk pensel

,

TELUK INTAN - Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Saiful Nizam, 10, mendakwa dia dibuli sekumpulan rakan sekelasnya sebelum mata kanannya dicucuk dengan pensel.
Menceritakan semula kejadian itu, Mohd. Saiful yang merupakan seorang pendiam berkata, sebelum kejadian dia yang berjalan menuju ke kelas selepas tamat waktu rehat sesi pagi ditahan sekumpulan rakan.
Read more

Awan membentuk Kalimah Allah di Taiping.

,

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Taiping sewaktu Azan berkumandang pada waktu zohor, dan waktu itu juga matahari sedang mengalami gerhana.



sumber : facebook

__________________________________________________________________________________
Read more

Dato Seri Najib dan kucing-kucingnya

,

Memang Dato' Seri nampak mesra dengan kucing peliharaan dia. Tengok betapa sayangnya Dato Seri dengan haiwan peliharaannya. Kenapa kita tidak mengikut seperti yang sebegini. Oleh itu tolong contohi beliau. Jangan dibuang haiwan peliharaan anda merata-rata walaupun mereka asik 'overdose' beranak pinak. So, jom layan foto-foto ini, diambil dari Facebook.
Read more

Anjing betina susukan anak kacukan harimau dan singa

,
BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.
SEEKOR anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China baru-baru ini.

Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.
Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.
Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. - Agensi
sumber : Kosmo Online

__________________________________________________________________________________
Read more

Doktor terkejut kembar luar biasa berkongsi minda

,
VICTORIA - Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka.
Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.
TATIANA (kiri) dan Krista bercantum di bahagian kepala tetapi berkongsi minda.
Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.
Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain.
Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.
Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika." - Agensi
Sumber : Kosmo Online
__________________________________________________________________________________
Read more

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru

,
HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.
Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.
“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.
Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.
Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.
Sumber : Kosmo online.
__________________________________________________________________________________
Read more

Budak Usia 14 Thn Rela Dirogol Kerana Takut Putus Cinta

,

 Takut kekasih memutuskan hubungan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menyerahkan ‘mahkota’ dirinya kepada teman lelaki berusia 16 tahun, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa pelajar tingkatan dua sebuah sebuah sekolah menengah, di sini, dikatakan dibawa teman lelakinya itu iaitu pelajar tingkatan empat sekolah sama pulang ke rumahnya.

Read more

'Banana Bunker', membuatkan pisang anda tidak membusuk.

,

Anda gemarkan pisang? Hm...nampak sedap bila dapat makan. Tapi pisang akan kelihatan kehitaman bila ia terlalu lama terdedah dengan keadaan persekitaran, oleh itu 'Bana Bunker' dicipta untuk mengelakkan pisang ini daripada membusuk dan juga kehitaman pada kulitnya itu.
Read more

Semakin ramai aktres Indonesia bergambar berahi

,
JAKARTA - Aktres yang membintangi filem Hantu Rumah Ampera, Nadila Ernesta mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan mengghairahkan disebar di internet lebih sebulan lalu, lapor lama berita Detikhot semalam.
Salah satu gambar Nadila yang berusia 23 tahun itu menunjukkan dia memakai bikini berwarna hitam dan topi polis dengan logo Tribrata.
AKSI Syahrini (kiri) dalam gambar yang mencetuskan kegemparan di Indonesia.
Read more

Berkahwin selepas 28 tahun bertunang

,
FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Read more

Dulu RM739,420, kini bakal bernilai RM2.7 bilion

,
LONDON - Pengasas bersama syarikat pengeluar kasut Jimmy Choo, Tamara Mellon semakin hampir menjual syarikatnya kepada kumpulan barangan mewah Jerman, Labelux dengan anggaran nilai sebanyak 550 juta pound sterling (RM2.7 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Perjanjian dengan syarikat tersebut bakal menyaksikan Mellon memiliki kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus serta mengekalkan peranannya sebagai ketua pegawai kreatif.
Read more

Apa itu ayam batang kaki.

,
Mase test jengok-jengok laman web mudah, aku ternampak satu iklan yang bertajuk "ayam batang kaki Terengganu". Aku kurang mengerti ape maksud dia. Ade saper-saper kat sini boleh explain?. Yang aku rasa tak bleh blah boleh pulak masuk kat dalam bahagia mobile phone and gadget. Nak tengok sangat iklan ni kat mudah? tekan sini.
Read more

Bayi baru lahir diperdengarkan muzik klasik

,
KOSICE, Slovakia - Sebuah wad bersalin di sebuah hospital di sini menemui satu kaedah bagi mententeramkan bayi yang baru lahir melalui terapi muzik klasik.
Wad bersalin di hospital Kosice-Saca itu meletakkan fon kepala yang kelihatan amat besar di tellinga bayi-bayi supaya mereka mendengar muzik ciptaan Mozart atau Vivaldi sebanyak lima hingga enam kali sehari.
Selain muzik klasik, bunyian hutan semula jadi turut digunakan, malah jururawat turut menggunakan kaedah itu untuk menjaga bayi pramatang bagi menstabilkan pernafasan mereka.
SEORANg bayi diperdengarkan dengan lagu klasik di wad bersalin di Hospital Saca, Kosice, Slovakia pada 10 Mei lalu.
Read more

Rahang jerung terbesar dunia dilelong

,
DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Rahang ikan jerung terbesar di dunia dipercayai berusia dua juta tahun akan dilelong di pusat lelongan Heritage di Dallas di sini pada 21 Jun ini, lapor sebuah akhbar semalam. Ia berukuran 2.7 meter (m) panjang dan 3.3m lebar.
Read more

Gadis Turki berbogel mengaku bukan Muslim

,
BERLIN - Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.
Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.
Read more

Ditahan selepas muat naik video di Facebook

,
RIYADH - Seorang wanita di Arab Saudi telah ditahan pihak berkuasa negara itu semalam selepas dia melancarkan kempen menentang wanita memandu kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Manal al-Sherif juga memuat naik klip video yang menunjukkan dia sedang memandu kereta di Khobar ke laman sosial Facebook dan YouTube agar wanita lain mengikut perbuatannya.
Dia bersama sekumpulan wanita lain turut mewujudkan muka surat dalam Facebook.
MUKA surat Facebook yang menyokong wanita memandu di Arab Saudi.
Read more

Al-Quran terselamat dari kebakaran.

,

Allah akan sentiasa menunjukkan kebesaran dia kepada umat-umat manusia. Begitulah apa yang terjadi pada kebakaran sebuah kenderaan ini. Walaupun kereta ini terbakar keseluruhannya. Al-Quran yang tersimpan didalamnya tidak terbakar langsung dan tetap utuh dan juga tidak hangus. Begitulah kebesaran Allah. Jadi bagaimana lagi anda hendak mendustakannya?
Read more

Kilang iPad 2 di Chengdu terbakar.

,
SAN FRANCISCO - Syarikat pengeluar alat elektronik, Apple Inc. kini menyiasat punca letupan yang mengakibatkan dua orang pekerja terbunuh dan mencederakan 16 yang lain.
Insiden sama turut menyebabkan kilang Foxconn International Holdings Ltd. yang mengeluarkan iPad 2 di Chengdu, China memberhentikan produksinya.
Read more

Sex Toys Tertua Ditemui???

,
Para ilmuan yakin mereka telah menemui ‘sex toys’ atau alat bantu seks tertua di dunia. Alat ini terkambus bersama batuan lain yang diyakini berusia lebih dari 30.000 tahun lalu.
Seperti dimuat dalam laman orange.co.uk, jurucakap Universiti Tubingen, Jerman mengatakan penemuan ini menjadi sesuatu yang mengejutkan.
Read more

Wanita memiliki payudara seberat 25KG dan ianya terus membesar.

,

Seorang wanita berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat, memiliki payudara yang sangat besar didunia. Dengan berat 25KG dan ukuran mencapai 164 XXX. Chelsea Charms, merupakan model dan penari bogel yang memiliki payudara super jumbo. Charms sejak lahir memang memiliki ukuran payudara yang sangat berlainan. Ia mengakui aset terpentingnya itu telah mendatangkan perhatian kepada orang lain dan ia amat menyukainya. Charms juga menamakan payudaranya dengan nama "Itsy dan Bitsy".
Read more

10 Gambar cosplay [part 3]

,
Sebelum tengok gambar dibawah. Sila lihat part 1 dan part 2 dulu. Baru seronok.
Read more

Seni daripada pakaian membentuk wajah.

,
Seni unik kali ini adalah berasal daripada pakaian yang dibentuk menjadi wajah. Sungguh kreatif!

Read more

Al-Fatihah buat pemegang Blog Telor dibasuh.

,



Semasa lepas makan tengahhari tadi aku mendapat satu berita sedih mengenai pemergian Owner Blog Telor Dibasuh. Berita itu disampaikan sendiri oleh pemilik blog Macamnilahkita yang baru sahaja menggunakan domain .com juga rakan partner aku dalam bidang blogging ini.
Read more

Budak tersepit di celah dinding.

,
BEIJING - Seorang budak lelaki dari Daye di wilayah Hubei tengah China tersepit di celah dinding bangunan selama tiga jam sebelum diselamatkan beberapa anggota bomba, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak lelaki itu bersembunyi di celah ruang kecil berukuran 15 sentimeter di antara dua bangunan semasa dia bermain permainan sembunyi bersama rakan-rakannya baru-baru ini.
WAJAH budak lelaki yang tersepit di celah dua bangunan di Daye, tengah China.
Read more

Kawan rosakkan kereta Lamborghini RM1.1 juta

,
KERETA Lamborghini Murcielago yang remuk teruk dalam kemalangan di Sydney pada Ahad lalu.

SYDNEY - Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi, lapor sebuah akhbar semalam.
Read more

Seratus UFO di Shinjuku

,
TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam.
UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.
KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu.
Read more

Senarai perbandingan harga minyak di Malaysia dengan negara pengeluar petrolium.

,


Berikut merupakan senarai harga minyak petrol bagi negara pengeluar-pengeluar minyak. Dan didapati minyak di Malaysia adalah yang termahal, sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak.
Read more

Video : Angry Bird versi dunia sebenar!

,

Mungkin anda salah seorang peminat game Angry Bird. Selalunya game ini dimainkan di PC atau Laptop, Tapi pernahkah anda nampak permainan dimainkan dalam realiti kehidupan maya kita. Kalau belum, saksikan!
Read more

Secara tidak sedar anda telah menelan makhluk-makhluk yang menyeramkan ini.

,
Kerana ukurannya yang teramat kecil dan halus malah sukar untuk dilihat dengan mata kasar, kutu-kutu ini seringkali kita terhirup melalui udara dan debu yang berterbangan disekeliling kita, mungkin juga ada yang tertelan bersama ketika makan dan minum. Gambar diatas adalah gambar seekor kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tempat tidur.

Selama ini kita tidak akan merasa ngeri kalau mendengar bateria dalam debu yang teramat kecil saiznya terhirup oleh kita. Namun yang lebih mengerikan ialah ketika kita melihat bagaimana rupa bentuk mereka yang sebenar. Semuanya terlihat seperti seekor raksasa yang sangat menakutkan. Gambar diatas merupakan kutu yang biasa hidup pada bulu kucing dan anjing peliharaan.
Read more

Video : Episod terakhir Doraemon.

,

Kita dibesarkan dengan siri kartun Doraemon. Siapa lagi kucing yang berwarna biru kalau bukan Doraemon. Aku memang minat giler kat cerita Doraemon ni. Banyak barang-barang unik yang boleh keluar daripada poket ajaib Doraemon. Tapi video kali ini adalah episod terakhir siri kartun Doraemon. Tgk lah episod yang menyedihkan ini :(
Read more

Lelaki bangsat!

,

Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. Arshad, seorang doktor pakar jiwa......

Gadis : "Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan
ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..."

Doktor : "Hmm… panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk seseorang… tapi, mungkin kamu punya sebab
tersendiri memanggilnya demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu.."

Read more

Video : Makan ikan hidup-hidup.

,

Kebuluran berwaspada, tak sempat nak masak ikan ni, dah kena makan hidup-hidup. Sadis~
Read more

Video : Siapa kata gajah tak boleh duduk.

,

Siapa kata tak ada gajah boleh duduk, kalau nak tengok betul ke tak gajah ni boleh duduk, saksikan video kat bawah ni. Ingat orang jer boleh duduk macam kucing? gajah pun boleh la....hehe....lepas tengok angkat gajah ni buat kain....ha ha
Read more

Video : Ini baru betul-betul terkejut beruk.

,

Orang ade cakap, "terkejut beruk aku!" bila mereka terlalu terkejut dengan sesuatu, tahukah anda, video ini merungkai setiap patah perkataan 'terkejut beruk' yang menjadi trademark bagi orang yang terlalu terkejut ini. Inilah dia video asal terkejut beruk!. Saksikan......
Read more

Video : Saper kata kentut kita tak nampak?

,

Dulu kalau kentut kita memang tak nampak. Tau-tau ade jer bau. Tapi sekarang, siapa nak kentut tu hati-hati lah yer...Jangan sampai tertangkap. He he
Read more

Video : Mencuri air di 7-11

,

Video ini mengisahkan tentang 2 orang remaja lelaki mencuri di kedai 7-11. Dan perlakuan mereka telah tertangkap melalui CCTV kedai tersebut. Nampak sangat mereka ni pencuri yang tak profesional. Tak ada sivik betul. Memalukan diri sendiri sahaja. Tapi tajuk sebenar video ini terlalu racist menimbulkan isu perkauman
Read more

Kanak-kanak lapan tahun disuntik botox

,

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Read more

Kereta api unik untuk masa depan

,

TOKYO - Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Read more

Pengusaha batu nisan rugi RM100,000

,
KUANTAN - Seorang pengusaha batu nisan kerugian kira-kira RM100,000 selepas tiga buah van miliknya hangus dipercayai dibakar pagi semalam.
Read more

Video : Anjing yang boleh meniru ekspresi muka manusia.

,
Anjing bernama Riley ini mempunyai kelebihan sendiri yang tidak dimiliki oleh anjing lain. Kelebihannya adalah boleh meniru ekpressi wajah manusia seperti senyuman yang biasa kita lihat pada manusia.
Read more

Akuarium ikan paus di Jepun.

,

Akuarium ikan paus ini telah diinspirasikan oleh Yukifusa dan dibuka pada 1 november 2002. Nama bagi akuarium ini adalah Churaumi yang dinamakan oleh penduduk tempatan Jepun. Chura bererti indah atau anggun dalam dialek Okinawan, dan Umi bermaksud laut.
Read more

Video : Ikan berkepala transparent.

,
Post lepas tentang haiwan transparent ada mengisahkan tentang ikan ini. Ini dia video yang menunjukkan bukti ikan ini berkepala transparent.
Read more

10 haiwan transparent.

,
Haiwan ini merupakan haiwan yang mempunyai tubuh badan yang transparent, kita boleh nampak isi dalam badan dia tanpa sebarang pembedahan.


Transparent Larval Shrimp.

Haiwan lautan ini boleh ditemui di perairan sekitar Hawaii.
Read more

Mayat berusia 14 tahun masih elok.

,

Warga Dusun kembangsari, Desa Srimartani, Kecamatan Piyungan, Kabupaten Bantul, Daerah istimewa di Yogyakarta (26/12/2009), dikejutkan dengan penemuan sekujur tubuh jenazah yang telah lama ditanam selama 14 tahun, namun keadaan jenazah dan kain kafannya masih elok.
Read more

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger