dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c 10 haiwan transparent. | Seronok Punya!

Followers

10 haiwan transparent.

,
Haiwan ini merupakan haiwan yang mempunyai tubuh badan yang transparent, kita boleh nampak isi dalam badan dia tanpa sebarang pembedahan.


Transparent Larval Shrimp.

Haiwan lautan ini boleh ditemui di perairan sekitar Hawaii.

Transparent Salp.

Obor-obor ni dikenali dengan nama Salps dan mempunyai panjang 10 centimeter.

Transparent Head fish.

Ikan air dalam ini amat unik sekali. Ikan ini juga dipanggil Barreleye (Macropinna microstom), ia memiliki kepala transparent. Ia juga mempunyai mata yang sangat peka kepada cahaya.

Transparent Butterfly.

Rama-rama ini ditemui di Amerika tengah, dari Mexico ke Panama, Butterfly Glasswing ( Greta Oto) adalah rama-rama  yang mempunyai kepak transparent dan nampak seperti kaca.

Transparent Jellyfish.

Obor-obor ini banyak temui dari permukaan laut hingga kedasar laut. Genus Arctapodema yang terdapat dalam badannya mempunya panjang 2.5 sentimeter.

Transparent Amphipod.

Disebut dengan nama Phronima, haiwan ini adalah spesis baru yang ditemui dalam sebuah ekspedisi ke pergunungan laut di Atlantik Utara.

Transparent Squid.

Ditemui di lautan sebelah selatan. Dikenali dengan nama Squid Glass ( teuthowenia pelusida ) memiliki organ yang bercahaya iaitu pada mata dan mempunyai kelebihan menggulungkan badannya dan membentuk sepeti bola.

Transparent Zebrafish created by Scientist.

Ikan transparent ini dicipta pada tahun 2008 oleh para saintis untuk mempelajari proses-proses penyakit termasuk kanser. Ikan transparent ini membolehkan para pengamal perubatan di Children's Hospital Boston untuk terus melihat organ ikan ini dan mengamati proses seperti pertumbuhan tumor secara 'real-time'.

Transparent Frog.

Berasal dari Venezuela. Didalam keluarga Centrolenidae ( ordo anura ). Warna katak ini adalah hijau, manakala kulit perutnya adalah transparent, sehingga ke jantung, hati dan saluran percernaan.

Transparent Icefish.

Ikan ini berasal dari perairan sejuk di sekitar Artartika dan selatan Amerika . Ikan ini memakan krill, copepoda dan ikan lain. Darah ikan ini juga transparent kerana darah ikan ini tiada haemoglobin. Metabolisma ikan ini hanya bergantung kepada oksigen yang terlarut dalam darah yang diyakini diserap melalui kulit dari air.

__________________________________________________________________________________

0 Komen to “10 haiwan transparent.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger