dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Air mata darah. | Seronok Punya!

Followers

Air mata darah.

,


Salah satu keanehan yang berlaku dalam dunia kedoktoran. Rashida Khatoon, adalah seorang anak perempuan dari india timur laut yang bisa mengeluarkan air mata darah. Akibat kepelikan itu, ramai orang disitu menyembahnya dan ramai yang datang kepadanya untuk menyaksikan sendiri air mata darah yang mengalir dari kelopak mata Rashida.

Semua doktor dari wilayah Patna tidak dapat menjelaskan kondisi sebenar tentang apa yang terjadi kepadanya. Namu seorang Brahmana hindu tempatan, telah menyifatkan ianya adalah sesuatu kelebihan dalam diri Rashida. Lalu para penyembah menunduk dihadapan Rashida lalu memberikan pertunjukan suci kepadanya.

"Aku tidak merasa sakit bila air mata yang bercampur darah itu keluar, namun aku begitu terkejut ketika melihat ia keluar dari mataku, " kata Rashida.

Beberapa spekulasi menyangka adanya tumor dalam otak dan juga kerosakan kelenjar air mata. Namun tidak ada bukti medik yang dapat menjelaskannya. Beberapa lagi menyimpulkan bahawa apa yang dialami oleh Rashida adalah disebabkan oleh penyakit yang disebut Haemoclacria yang terjadi ketika seorang mengeluarkan air mata yang bercampur darah. Atau pun ianya tidak.

0 Komen to “Air mata darah.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger