dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Anjing pun pandai berjalan berdiri. | Seronok Punya!

Followers

Anjing pun pandai berjalan berdiri.

,

Seekor anjing peliharaan di China telah menjadi terkenal kerana kebolehannya yang boleh berjalan tegak dengan kedua kakinya. Zhou Guanshun, adalh pemilik anjing yang berusia 18 bulan ini. Dia mengajar anjingnya itu dengan memegang 2 kaki depannya dan menyuruh anjingnya berjalan menggunakan 2 kaki belakangnya sahaja.

"Lu lu diberikan kepada kami oleh seorang kawan dan kami sangat menyayanginya", Kata warga kota Zhumadian, Provinsi Henan ini. "Dia belajar berjalan tegak ketika berusia 4 bulan, dan tidak pernah berhenti sejak saat itu", tambahnya.

Zhou menyatakan bahawa Lu lu sekarang hanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan berdiri pada 2 kaki belakangnya sahaja.

Setiap pagi Zhou akan menghantar Lu lu ke Century Square terdekat untuk berjalan-jalan, di mana Lu lu menjadi 'selebriti' di sana. Banyak juga warga tempatan yang menantinya untuk beraksi.

0 Komen to “Anjing pun pandai berjalan berdiri.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger