dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Bizarre body modification | Seronok Punya!

Followers

Bizarre body modification

,
Anal stretching.
Anal stretching merupakan salah satu cara untuk melebarkan lubang dubur, tetapi apakah fungsi melebarkan lubang dubur?, alat diatas digunakan dengan memasukkan kedalam lubang dubur untuk tujuan tersebut. Maaf gambar sebenar tidak dapat ditunjukkan kerana mungkin akan menghilangkan selera makan anda.


Pierced Glasses.
Adakah anda terlihat bingkai pada cermin mata yang dipakai?, ha ha, cermin mata itu telahpun ditanam. So lepas ni tak payah nak kalut cari cermin mata, sebab dah menjadi sebahagian daripada anggota tubuh badan kita.

Subdermal Implant.
Lihat bentuk bintang yang terdapat pada dada lelaki ini. Lelaki ini telah menjalani implant meletakkan bentuk bintang yang tertanam dalam badan dia sekarang, atau lebih dikenali sebagai 'jewellary placed under skin'.

Branding.
Proses ini adalah seperti mencacah tattoo pada badan tetapi tidak menggunakan dakwat, teknik ini menggunakan besi panas atau atau besi sejuk yang akan meninggalkan kesan parut kekal kepada tubuh badan. Mesti pedih!.

Extraocular Implant.
Menanam sesuatu pada mata. Nampak syok pulak, boleh ker kita buat? tapi macam haram jer.

Earlobe streaching.
Alah, benda ni aku dah selalu nampak dekat bebudak baru nak naik. Ingat cantik sangat, huh! aku tak heran, tapi tetap 'bizarre'.

Corneal Tattooing.
Bila dah mencacah tattoo kat badan, apa kata cuba cacah kat mata pulak, baru nampak ganas beb!

 Tightlacing.
Proses untuk mendapatkan perut yang ramping sesangat. Biasanya proses ini memakan masa yang lama untuk mencapai target seperti gambar diatas. Adakah anda sanggup untuk mengempiskan perut anda menjadi begini. Ha ha, kena tiup angin, melayang tak pasal-pasal.

Tongue Splitting.
Nampak macam biawak pun ada, tapi ini adalah realiti bagi mereka yang berani sahaja. Anda tidak berani, baik duduk dan lihat sahaja ye.

Tooth Filing.
Grrrrrrr!!!, ini adalah proses menjadikan gigi tajam seperti taring. Kalau ada orang kacau, senang sahaja, gigit jer, baru dia tahu, dan konform dah tak ganggu lagi lepas kena gigit. Erk, gusi dia hitam, mesti kuat hisap rokok ni. :)

0 Komen to “Bizarre body modification”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger