dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Kisah penemuan mayat alien di siberia adalah tidak benar. | Seronok Punya!

Followers

Kisah penemuan mayat alien di siberia adalah tidak benar.

,


Pada tarikh 17 april lepas, sebuah video yang telah diupload di youtube yang menunjukkan penemuan mayat alien yang telah beku akibat cuaca ekstrem di seiberia. Setelah itu, video terbabit telah menjadi satu sensasi yang luar biasa. Tetapi penemuan ini adalah satu pembohongan.



Berbalik kepada hari rakaman video ini. Video terbabti telah dirakamkan oleh dua pelajar bernama Timur Hilal dan juga Vlasov, di wilayah sejuk di Irkutsk, Siberia. Pihak polis Rusia sudah menatakan bahawa penemuan tersebut adalah sebuah pembohongan.

Para pelajar yang merakam video tersebut telah mengaku bahawa mayat alien itu dibuat menggunakan kulit ayam dan juga roti yang dihasilkan dari kreativiti mereka. Mereka langsung tidak menyangka bahawa video tersebut menjadi terlalu sensasi dan dianggap serius oleh ramai orang.



Jurucakap dari kementerian dalam negara Rusia berkata " kami telah menemui mayat alien itu didalam rumah pelajar tersebut".

"Mayat alien itu dijumpai dibawah tempat tidurnya. Dan penelitian telah dibuat dan akhirnya menunjukkan bahawa mayat alien tersebut hanya diperbuat daripada roti yang dibalut dengan kulit ayam".

Kedua pelajar tersebut mulanya hanya ingin menjadikan video terbabit sebagai satu gurauan sahaja setelah mendapat tahu cerita orang tempatan mengenai ada pesawat alien yang terhempas di wilayah itu.

0 Komen to “Kisah penemuan mayat alien di siberia adalah tidak benar.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger