dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Masturbasi tidak menyebabkan mandul. | Seronok Punya!

Followers

Masturbasi tidak menyebabkan mandul.

,

Sebahagian lelaki yang mungkin merasa bimbang tentang kekerapan masturbasi atau lebih dikenali sebagai onani yang terlalu terlampau akan menyebabkan kemandulan. Jangan bimbang, onani tidak akan menyebabkan seseorang lelaki itu mandul.

Memang ada pihak menyatakan bahawa onani akan menyebabkan kemandulan kerana kadar penurunan sperma. Hakikatnya, onani tidak menyebabkan kemandulan. Onani hanya akan mengurangkan jumlah sperma dalam masa singkat, biasanya kurang dari 24 jam. Pada hari berikutnya, jumlah sperma akan kembali menjadi normal.

"Kekerapan onani tidak akan mengurangkan jumlah sperma, kerana jumlah sperma akan menjadi kembali normal dan tidak akan mempengaruhi capaian ereksi", kata Dr. Erik Castle, consultant Department of Urilogi, Tulane University, New Orleans.

Menurut Dr. Castle lagi, benda yang membuatkan lelaki mandul adalah lelaki yang langsung tidak mengalami orgasme ( ejakulasi) selama beberapa hari atau lebih. Meskipun onani tidak menyebabkan kemandulan, terdapat impak negatif dengan kelakuan tersebut.

Tekanan benda berat dan gesekan yang cepat mungkin akan mengakibatkan risiko 'retarded ejaculation', iaitu tidak dapat merasakan klimaks, mahupun melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Walaupun onani tidak boleh mengurangkan jumlah sperma, tapi ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan jumlah sperma berkurangan seperti :
1. Stress
2. Merokok
3. Pengambilan ubat-ubatan seperti dadah.
4. Obesiti
5. Memakai pakaian dalam yang terlalu ketat.

______________________________________________________________________________

0 Komen to “Masturbasi tidak menyebabkan mandul.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger