dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Peluru yang tersasar bertahun-tahun akhirnya mengenai target. | Seronok Punya!

Followers

Peluru yang tersasar bertahun-tahun akhirnya mengenai target.

,
Henry Ziegland menyangka bahawa dirinya bijak dalam mengelak tembakan. Pada tahun 1883 setelah berpisah dengan kekasihnya dan kekasihnya itu berasa sangat tertekan dan akhirnya membunuh diri. Abang kepada kekasihnya sangat marah lalu berjumpa dengan Ziegland lalu melepaskan tembakan kearahnya.

Setelah yakin bahawa tembakannya tepat kearah Ziegland, abang kekasihnya lalu membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Akan tetapi, peluru tersebut tidak mengenai Ziegland dan hanya melukakan sedikit sahaja bahagian wajahnya. Peluru terbabit sebenarnya tersasar dan terkena sepohon pokok. Ziegland merasa sangat bertuah.

Setelah bertahun-tahun kemudian, dia memutuskan untuk menebang pohon terbabit. Dengan peluru yang masih terbenam di pohon tersebut. Akibat merasa terlalu susah untuk menebang pohon tersebut, dia memutuskan untuk meledakkan sahaja dengan memakai dinamit, malangnya ledakan itu telah membuat peluru tersebut terpantul keluar dan tepat mengenai kepala Ziegland dan dia terus mati serta merta.

0 Komen to “Peluru yang tersasar bertahun-tahun akhirnya mengenai target.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger