dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Perubahan sel darah manusia ketika sedang berdoa, sedih, takut dan juga jatuh cinta. | Seronok Punya!

Followers

Perubahan sel darah manusia ketika sedang berdoa, sedih, takut dan juga jatuh cinta.

,

Sebuah penelitian telah dilakukan oleh pakar EFT iaitu Dr. Felicy untuk menunjukkan bagaimana keadaan bentuk sel darah manusia disaat normal, sedih, gembira dan jatuh cinta bergitu juga saat berdoa. Pakar EFT tersebut telah mengambil darah dari seorang pesakit bernama Rebecca kemudian melihatnya menggunakan 'darkfield microscope' yang terus disambungkan kepada komputer. Dan ternyata benar tentang perubahan sel darah Rebecca tersebut setiap kali emosi dan perasaannya berubah.

Gambar diatas menunjukkan gambar gumpalan sel darah Rabecca yang disebabkan lectin daripada alergi kepada ayam, iaitu sebelum menjalani sesi EFT. Dan selepas menjalani EFT sel darah kembali menjadi normal, tanpa gumpalan.

Kemudian Rabecca melakukan lagi sesi EFt dan menerbitkan emosi sedih dengan cara memikirkan detik-detik sedih hidupnya sehingga dia menangis, lalu pakar EFT mengambil lagi sampel darahnya, dan terlihat sel darah Rabecca bergerak pantas dan berbentuk seperti air mata.

Kemudian Rabecca mengubah emosinya kepada perasaan cinta. Seketika itu, sel darahnya kembali normal dan bergerak dengan indah sekali dan timbul sejenis benda yang berkilauan. Sel darah juga berkumpul rapat-rapat tetapi tidak bergumpal.

Selepas itu Rabecca mengundang perasaan takut. Dan sel darah bergerak tidak teratur dan sangat pantas. Mungkin ada kena mengena dengan penghasilan adrenalin sebagai reaksi normal semasa kita takut.

Akhir sekali Rabecca memikirkan tentang sifat ketuhanan, dan keyakinan agamanya. lalu dia berdoa. Ternyata keadaan darah itu amat berbeza sekali daripada mana diatas kerana sel darahnya amat cerah, gerakan sel sangat tenang seakan bergerak dengan penuh kedamaian. Dan banyak benda yang berkilauan kelihatan juga kelihatan didalam sel darah seperti satu cahaya yang berdenyut.

0 Komen to “Perubahan sel darah manusia ketika sedang berdoa, sedih, takut dan juga jatuh cinta.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger