dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Secara tidak sedar anda telah menelan makhluk-makhluk yang menyeramkan ini. | Seronok Punya!

Followers

Secara tidak sedar anda telah menelan makhluk-makhluk yang menyeramkan ini.

,
Kerana ukurannya yang teramat kecil dan halus malah sukar untuk dilihat dengan mata kasar, kutu-kutu ini seringkali kita terhirup melalui udara dan debu yang berterbangan disekeliling kita, mungkin juga ada yang tertelan bersama ketika makan dan minum. Gambar diatas adalah gambar seekor kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tempat tidur.

Selama ini kita tidak akan merasa ngeri kalau mendengar bateria dalam debu yang teramat kecil saiznya terhirup oleh kita. Namun yang lebih mengerikan ialah ketika kita melihat bagaimana rupa bentuk mereka yang sebenar. Semuanya terlihat seperti seekor raksasa yang sangat menakutkan. Gambar diatas merupakan kutu yang biasa hidup pada bulu kucing dan anjing peliharaan.


Semua gambar mahkluk ini merupakan hasil pemenang fotografi sains iaitu Steve Gschmeissner yang berusia 61 tahun yang berjaya menangkap gambar beberapa kutu debu dan kutu yang biasanya terdapat pada makanan yang sangat kecil ukurannya.

Daily mail menyebut Steve Gschmeissner menangkap gambar mahkluk tersebut menggunakan kamera yang dilengkapi dengan mikroskop zoom yang mampu membesarkan ukuran hingga beratus-ratus kali. Menurut Steve Gschmeissner, kutu ini biasanya tinggal di sofa, tilam, dan pakaian juga pada anak patung.Gambar diatas merupakan kutu yang biasa tinggal pada makanan seperti roti dan biskut yang tidak dibungkus dengan rapi dan juga kotor.

Steve Gschmeissner juga berjaya menangkap gambar larva lalat seperti gambar diatas. Sungguh mengerikan bukan.

______________________________________________________________________________

0 Komen to “Secara tidak sedar anda telah menelan makhluk-makhluk yang menyeramkan ini.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger