dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Dunia Batinku: Melacur Sambil Menyamun | Seronok Punya!

Followers

Dunia Batinku: Melacur Sambil Menyamun

,


Oleh SYAHRIL A. KADIR
Daripada program ‘outreach’ yang dijalankan oleh Rumah Sinar Salam, saya bertemu dengan seorang wanita pertengahan umur yang hanya mahu dikenali dengan nama Ika.
Ika sudah bergelumang dengan ‘dunia gelap’ di sekitar Chow Kit hampir 10 tahun.
Dia sendiri sehingga kini masih tertanya-tanya apakah yang menyebabkan dia boleh terlontar ke lembah yang penuh noda itu.
Ika memang berasal dari keluarga yang susah, namun mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang sangat kuat.
Namun segalanya musnah disebabkan sikapnya sendiri yang terlalu obsess dengan kemewahan.
“ Bila saya tengok artis dalam TV, saya nak jadi macam mereka, saya nak pakai baju lawa-lawa, saya nak naik kereta mewah, saya nak tidur dalam hotel tapi semuanya itu tak mampu saya lakukan kerana sekolah pun tak habis.
“ Jadi bila teman-teman memperkenalkan dengan ‘jantan’ yang kaya-kaya, saya dah mula lupa diri, dek kerana terlalu ingin merasai kehidupan mewah, maruah saya letak ke tepi, kekadang hanya kerana terasa nak tidur di hotel lima bintang, saya sanggup diusung ke sana ke sini.
“ Saya pun hairan mana kewarasan akal yang Tuhan berikan pada saya sehingga tak mampu nak beza apa yang baik dan apa yang buruk,” menurut Ika.
Saya hanya khusyuk mencatat setiap perbualan kami dalam buku nota kecil. Saya biarkan saja apa yang nak dia cakap.
Walaupun saya sendiri seorang perokok, namun Ika lebih hebat dari saya. Di saat saya baru nak menghabiskan sebatang rokok Dunhill , Ika dah pun habiskan tiga batang rokok Sampoernanya.
Macam naga!
Kemudian perlahan-lahan saya cuba mengorek rahsia bagaimana daripada kehidupan serba mewah, Ika boleh terlontar ke celah-celah lorong di Chow Kit.
“ Ermmm…asalnya saya minta kerja jadi ‘waitress’ kat sebuah kelab dangdut kat sana, tapi gaji ciput, jadi saya minta pula kerja GRO, namun rupanya bukan mudah kerja GRO ni, saya asyik bergaduh saja dengan perempuan-perempuan yang kerja kat situ.
“ Nak kerja tempat lain kena tunggu sebulan baru dapat gaji, akhirnya saya nekad jual diri, gila kan saya?,” katanya sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.
Nak saja saya jawab, memang kau gila!
Tetapi disebabkan saya perlu menghabiskan tugasan yang diamanahkan ini, saya hanya banyak mendiamkan diri, dalam erti kata lain…..layan je.
Sepanjang perbualan kami, Ika mendedahkan satu perkara yang cukup mengejutkan.
Percaya atau tidak, selain daripada melacur, para pekerja seks di situ juga ada menjalankan kegiatan jenayah khususnya terhadap pelanggan mereka iaitu menyamun!
Namun menurut Ika, kegiatan samun itu dilakukan dengan cukup licik sampai pelanggan pun tidak sedar yang mereka telah menjadi mangsa.
Menurut Ika, pada mulanya, sebaik saja tawar menawar selesai, dia akan membawa lelaki yang melanggannya ke dalam bilik khas.
Katanya, di dalam bilik itu ada sebuah katil papan yang memang dibuat agak tinggi daripada biasa.
“ Dibawah katil ini akan ‘standby’ seorang kawan saya tapi pelanggan tak nampak sebab kami dah pasang cadar yang agak labuh, kemudian saya akan minta pelanggan saya menyangkut seluarnya berhampiran katil itu
“ Jadi semasa saya dan pelanggan saya sedang ‘main’, kawan yang dibawah katil ini akan senyap-senyap keluar dan mengambil dompet yang berada dalam seluar pelanggan tersebut…memang licik, percayalah, pelanggan tak akan perasan,” katanya dengan muka tak bersalah.
Menariknya, menurut Ika, polis tidak pernah berjaya mengesan perbuatan mereka kerana belum ada mangsa yang berani membuat laporan berhubung kejadian itu.
“ Dah tentu mereka (mangsa) malu nak buat laporan, apa diaorang nak jawab kalau polis tanya apa awak buat kat situ , bila naik mahkamah lagi kecoh, silap haribulan satu dunia tahu yang dia pergi cari pelacur hahahahaha,” katanya sambil ketawa .
sumber : mynewshub
__________________________________________________________________________________

0 Komen to “Dunia Batinku: Melacur Sambil Menyamun”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger