dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Koleksi gambar bapa yang lucu | Seronok Punya!

Followers

Koleksi gambar bapa yang lucu

,
Satu laman web yang memaparkan gambar-gambar lucu dan memalukan golongan bapa, AwkwardFamilyPhotos.com. mendapat sambutan hangat daripada pengguna Internet di seluruh dunia.
Pengasas laman web tersebut, Mike Bender dan Doug Chernack dilaporkan menerima puluhan ribu keping gambar daripada orang ramai sejak ia beroperasi dua tahun lalu.
TIDAK pernah berubah. Aksi seorang bapa
yang bergambar dengan anak lelakinya ini turut dipaparkan di laman
web AwkwardFamilyPhotos.com.
Koleksi terbaru yang disiarkan sempena Hari Bapa adalah antara gambar paling lucu, sekali gus membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang ada di fikiran bapa-bapa itu ketika aksi mereka dirakamkan.
Salah satunya memperlihatkan seorang anak perempuan rasa malu melihat aksi bapanya yang pelik. Gambar lain pula menyaksikan seorang bapa memegang senapang di tengah-tengah sekumpulan pengapit wanita.
Menurut Bender, idea untuk menghasilkan laman web itu timbul selepas ibunya menggantung sekeping gambar yang menunjukkan dia, abang dan bapanya membuat aksi bermain ski sempena hari jadi bapanya yang ke-50.
"Gambar itu membuatkan saya terfikir bahawa semua orang mesti mempunyai gambar-gambar kelakar melibatkan ahli keluarga masing-masing," kata Bender.
sumber : kosmo online

0 Komen to “Koleksi gambar bapa yang lucu”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger