dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Lady Gaga tidak serik tiru Madonna | Seronok Punya!

Followers

Lady Gaga tidak serik tiru Madonna

,
LOS ANGELES - Bintang pop, Lady Gaga dikatakan lebih banyak menciplak gaya ikon pop 80-an, Madonna dalam muzik video terbarunya, Edge of Glory, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dikritik kerana meniru gaya Madonna menerusi muzik video lagu Born This Way, penyanyi berusia 25 tahun itu nampaknya tidak serik dan sekali lagi menciplak gaya Ratu Pop tersebut.
LAMAN YouTube di Internet menunjukkan Lady Gaga
beraksi seperti Madonna dalam klip video berjudul Edge of Glory.
Menonjolkan imej seksi serta gaya tarian penuh provokatif, Edge of Glory diramal meletup, sekali gus mengungguli carta pop Amerika Syarikat (AS).
Namun, sama ada imej baru Lady Gaga itu dapat diterima peminat Madonna, hanya masa dapat menentukannya.
Penampilan Lady Gaga dalam muzik video tersebut mirip aksi Madonna dalam filem Who's That Girlyang ditayangkan pada 1987.
Malah, gaya tariannya pula mengingatkan peminat kepada filem muzikal popular 1983, Flash Dance.
Muzik video terbaru Lady Gaga itu yang disiarkan kelmarin di AS dilihat langsung tidak menonjol kecuali pakaiannya yang diambil daripada koleksi terbaru pereka fesyen terkenal, Gianni Versace. - Agensi
sumber : kosmo online
______________________________________________________________________________________________

0 Komen to “Lady Gaga tidak serik tiru Madonna”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger