dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Aksi perompak curi CCTV dirakamkan | Seronok Punya!

Followers

Aksi perompak curi CCTV dirakamkan

,

BRADFORD, Britain - Seorang perompak yang mencuri empat kamera litar tertutup (CCTV) tidak menyedari wajahnya dirakamkan oleh CCTV yang dicurinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman CCTV itu menunjukkan dia menggunakan pemutar skru untuk melarikan kamera berkenaan di sebuah pub yang tidak digunakan lagi di sini pada Ahad lalu.
Polis mengeluarkan wajah perompak itu yang sedang berusaha menanggalkan CCTV tersebut dengan menggunakan skru untuk dilihat orang ramai bagi tujuan mengesannya.
Ganjaran sebanyak £200 (RM968) ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya memberikan maklumat.
Seorang peguam, Amjad Ali, 37, yang menjadi pemilik bangunan itu berkata: "Dia (perompak itu) amat rapat (dengan kamera CCTV) anda boleh mendengar dia bernafas." - Agensi
sumber : kosmo online
__________________________________________________________________________________

0 Komen to “Aksi perompak curi CCTV dirakamkan”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger