dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Anjing-Anjing Illuminati! | Seronok Punya!

Followers

Anjing-Anjing Illuminati!

,
Artikel dipetik dari MazeerMohamad.


Assalamualaikum W.B.T!
Lagi mengenai  Freemason/Illuminati!
"Asyik-asyik illuminati! Takde benda lain ke?"
"Lantak ko la! Ko nak ambil tahu, baca! Tak nak, sudah! Biar orang lain yang baca!"
Yup! Saya sarankan, mereka-mereka yang tak suka, baca la posts saya yang lain tu..
Ini saya nak cerita sikit hal mengenai illuminati kepada mereka-mereka yang tak tahu..


Anda bertenang dan buka minda seluas-luasnya okay!
Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan muzik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihanSi Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.



Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!




Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua..

" All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us "

'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan segala bentuk penindasan dan peperangan..

" Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me "

Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka..

" Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free "

Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari..


Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung, beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.
Al-fatihah untuk Allahyarham Michael Jackson..


Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saiditelah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan muzik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok rasanya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.

Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati.Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992

All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)

Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)

Bintang Lima (2000)

Emblem Theosophy 

Berikut saya sertakan clip video yang berjudul "SATU" dari Dewa 19. Banyak 'subliminal messages' di dalamclip video ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.





Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.


Perhatikan 'One Eye' di atas manusia. Manusia seolah-olah 'terpenjara' di dalam dunia Dajjal. (NWO)

'Unfinished' Pyramid.

Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.

One Eye.




One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion.

Pillar Of Freemason.

Formasi tangan yang sama dengan Baptomet (Kaballah ).

Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.

Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun).

Jadi, apa pandangan anda?
Terpulang kepada anda untuk mempercayai kebenaran ini atau tidak..
Apa? Justin Bieber?
Saya mana tahu!
Ha! Ha! Ha! Ha!
Saya sangat minat dengan DEWA 19!
Tak nak la support mereka dah!
Nampaknya, lebih baik saya dengar lagu nasyid je..
Hati tenang, jiwa tenteram!
Renung-renungkan, selamat beramal!

0 Komen to “Anjing-Anjing Illuminati!”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger