dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Bakteria Staphylococcus. | Seronok Punya!

Followers

Bakteria Staphylococcus.

,
Akhirnya, entry yang aku minta-minta dari Mr. Zakj dah keluar, which is bacteria staphylococcus. Thanks sangat2... mari sini kita berkongsi ilmu hari ini. :)


Salam sihat ceria semua teman-teman.
Dah lama entri ini tersimpan di draf folder dan hari ini ada sedikit keluangan masa dapatlah disambung lagi. Entri ini adalah atas pemintaan seorang teman yang selalu memberi komen di dalam penulisan blog ni. Teman yang ZackJ maksudkan ialah Mr NAZc. Ini permintaannya. Insyaallah , serba sedikit dapatlah dikongsi bersama. Ianya hanya asas sahaja, tidaklah selengkap seorang doktor.
Apa yang diminta adalah mengenai bacteria Staphylococcus. Ini adalah sejenis bekteria yang boleh membiak didalam tisu badan tak kira apa jenis haiwan sekali pun. Mr NAZc ni adalah seorang yang perihatin tentang penyakit ni. Tahniah kerana kesedaran telah wujud diusia muda..

Bakteria ini, jika dilihat melalui mikroskop, seperti kumpulan anggur ataupun seperti buah berry. Tengok gambar tu, macam buah anggur kan? Jadi lepas ni jangan pula takut untuk memakan buah anggur ya. Anggur ..ferghh sedap banyak vitamin C dan biji anggur juga banyak vitamin. Biji anggur jika diproses menjadi minyak, minyaknya boleh diminum begitu sahaja, boleh menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Jadi jika memakan anggur, makanlah dengan biji-bijinya sekali.hahaha

Ok, kita sambung lagi..Bakteria ini biasanya boleh didapati di dalam hidung dan pada kulit (biasanya jarang terdapat di lokasi lain). Ianya hidup didalam hidung orang dewasa yang sihat kira-kira 25 hingga 30% orang yang mengalaminya. Dalam kebanyakan kes, bakteria ini tidak menyebabkan penyakit. Walaubagaimana pun, jika tidak diambil perhatian pada kebersihan kulit terutamanya kudis, bisul, atau pun luka-luka kecil yang tidak dirawat sehingga bernanah akan membenarkan bakteria ini mengatasi mekanisme perlindungan semula jadi tubuh, yang boleh membawa kemudaratan. Jadi, jangan sekali-kali menganggap luka kecil tidak membawa apa-apa kemudratan untuk jangka masa panjang.

Lagi, jangan ingat bahawa bekteria ini hanya mengenali orang dewasa sahaja. Staphylococcus, tidak mengenali usia seseorang, jadi sesiapa sahaja terdedah termasuk bayi yang baru lahir, wanita yang menyusukan bayi serta orang yang mempunyai system imun yang lemah.

Staphylococcus boleh berjangkit melalui hubungan secara langsung dengan penyakit atau dengan barangan penjagaan peribadi seperti pisau cukur, jarum suntikan, pembalut luka dan lain-lain yang berkaitan denganya. Perhubungan kasual seperti mencium atau memeluk tidak mendatangkan resiko yang besar jika tidak tersentuh secara langsung di kawasan luka atau kudis yang bernanah itu.

Wah…penah dah wehhh… nantikan entri yang akan datang..

Apakah gejala dan tanda-tanda jangikatan Staph ini?
Apakah makanan kegemaran Staphylococcus?  Adakah ia berkongsi makanan dengan kita?

bersambung....   :)

0 Komen to “Bakteria Staphylococcus.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger