dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Mesin automatik jual emas | Seronok Punya!

Followers

Mesin automatik jual emas

,
SEORANG lelaki menggunakan mesin automatik
yang mengeluarkan kepingan emas di pusat beli-belah Westfield,
barat London semalam.

LONDON – Sebuah mesin automatik di sebuah pusat beli-belah Westfield, di barat London menjual kepingan emas, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah komputer di dalam mesin itu akan mengemas kini harga emas setiap 10 minit berdasarkan harga di pasaran dunia.
Para pembeli boleh memilih wang syiling emas seberat satu gram berharga £40 (RM192.97) atau kepingan emas seberat 250 gram yang berharga £10,250 (RM49,445) dengan menggunakan mesin tersebut.
Mesin itu juga mengeluarkan kepingan emas kecil seberat 2.5 gram dengan harga £100 (RM482.46)
Kepingan emas paling kecil yang dijual di mesin itu ialah satu gram.
Tidak ada pengawal keselamatan yang mengawasi mesin automatik itu namun ia diperkukuhkan dengan besi dan dilengkapi sistem penggera keselamtan. – Agensi
sumber : kosmo online
__________________________________________________________________________________

0 Komen to “Mesin automatik jual emas”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger