dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Piramid tertua diselamatkan dengan beg udara | Seronok Punya!

Followers

Piramid tertua diselamatkan dengan beg udara

,
DUA beg udara digunakan untuk menstabilkan kedudukan piramid Djoser
di Memphis, Mesir.
KAHERAH - Piramid tertua di Memphis, Mesir berjaya diselamatkan daripada runtuh dengan menggunakan beg udara sebagai penampan siling, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bangunan berusia 4,700 tahun itu terpaksa distabilkan bagi membolehkan jurutera melakukan kerja-kerja pembaikan.
Struktur mega itu dibina sebagai makam untuk mengebumikan Firaun Djoser, seorang pahlawan yang memerintah pada dinasti ketiga selama 19 tahun.
"Keseluruhan struktur bakal musnah pada bila-bila masa disebabkan gempa bumi. Namun kami menstabilkan dengan meletakkan beg udara dan akan memulakan kerja pembaikan ke atas bangunan yang menakjubkan ini," kata ketua jurutera, Peter James. - Agensi
sumber : kosmo online
__________________________________________________________________________________

0 Komen to “Piramid tertua diselamatkan dengan beg udara”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger