dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Dua kanak-kanak sepupu ada kuasa magnet | Seronok Punya!

Followers

Dua kanak-kanak sepupu ada kuasa magnet

,

BELGRADE - Kehebatan dua kanak-kanak telah menarik perhatian orang ramai kerana mereka mempunyai kuasa magnet apabila beberapa sudu dan garpu melekat di badan masing-masing.

David Petrovic, berusia empat tahun dan sepupunya, Luka Lukic, berusia enam tahun menunjukkan keistimewaan mereka dengan melekatkan logam pada badan masing-masing.
Ibu Petrovic, Sanja memberitahu, dia mula mengetahui kelebihan yang dimiliki oleh anaknya itu pada bulan lalu.
"Saya meminta Petrovic mengambil sudu untuk menyuap makanan kepada adiknya. Kemudian dia menjerit sambil memberitahu, ibu ia melekat.
"Saya melihat beberapa sudu dan garpu melekat di badannya," katanya.

Takut dengan keadaan itu, Sanja, 26, yang tinggal di bandar Gornki Milanovac memanggil kakaknya dan mendapati anak saudaranya iaitu Lukic turut mempunyai kelebihan yang sama. - Agensi
sumber : kosmo online

0 Komen to “Dua kanak-kanak sepupu ada kuasa magnet”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger