dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Gula-gula berbentuk pokok ganja | Seronok Punya!

Followers

Gula-gula berbentuk pokok ganja

,

BUFFALO, Amerika Syarikat (AS) - Gula-gula berbentuk pokok ganja yang dijual secara bebas di beberapa pasar raya mengejutkan aktivis antidadah dan pemimpin bandar itu walaupun ia dikatakan tidak memudaratkan kanak-kanak.
Gula-gula Pothead Ring Pots dan Pothead Lollipops diedarkan ke kedai-kedai oleh pembekal terkenal syarikat Kalan LP dari Philadelphia.

Presiden syarikat itu, Andrew Kalan berkata, gula-gula tersebut berada di pasaran sejak enam hingga sembilan bulan lalu di 1,000 kedai di seluruh negeri New York turut mempromosi supaya ganja dibenarkan di sisi undang-undang.
Namun, seorang ahli majlis perbandaran, Darius Pridgen berkata, membenarkan sebuah kedai berlesen menjual gula-gula itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.- Agensi
sumber : kosmo online

0 Komen to “Gula-gula berbentuk pokok ganja”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger