dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Guna anjing kesan anai-anai | Seronok Punya!

Followers

Guna anjing kesan anai-anai

,
SEOUL - Sebuah jabatan pentadbiran di Korea Selatan menggunakan kaedah unik dan berkesan untuk menjejaki anai-anai iaitu dengan menggunakan anjing pengesan

.
Bagi tujuan tersebut, Pentadbiran Warisan Budaya Korea Selatan menggunakan tiga ekor anjing baka spaniel yang berasal dari Britain.
"Anjing-anjing ini jauh lebih hebat berbanding kaedah-kedah lain. Haiwan ini dapat mengesan anai-anai dengan amat tepat," kata seorang pakar di jabatan Pentadbiran Warisan Budaya, Jang Young-Ki.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya menggunakan khidmat tiga ekor anjing yang diberi nama Bobae, Woori dan Boram.
Khidmat haiwan itu digunakan untuk mengesan anai-anai yang mengancam istana dan kuil bersejarah di Korea Selatan. Kebanyakan bangunan tersebut dibuat daripada kayu.
"Baru-baru ini, Bobae berjaya mengesan anai-anai pada sebatang tiang istana Gyeongbokgung yang sebelum ini gagal dikesan," katanya. - AFP
sumber : kosmo online

0 Komen to “Guna anjing kesan anai-anai”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger