dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c December 2011 | Seronok Punya!

Followers

Kereta 'tersepit' di bawah dahan pokok

,



GURGAON, India - Sebuah kereta kelihatan seolah-olah berdiri di tepi sebatang pokok dalam nahas jalan raya di sini semalam.
Kereta itu dipandu dengan laju menyebabkan ia 'terpelanting' di bawah dahan pokok tersebut.
Read more

Bapa cipta basikal gergasi untuk anak

,


JILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini.
Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong.
Read more

Protes seksi aktivis haiwan

,



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Empat aktivis hak haiwan antarabangsa PETA mengadakan demonstrasi separuh bogel dengan mewarnakan badan mereka.
Keempat-empat aktivis wanita itu menutup menutup payudara mereka dengan memegang sepanduk semasa berarak di sebuah lebuh pejalan kaki utama di pusat bandar Hollywood di sini Jumaat lalu.
Read more

Jumpa ibu selepas 7 tahun hilang

,



BANDA ACEH - Seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun dan menjadi mangsa tsunami pada 2004 di Aceh, Mary Yuranda bertemu semula dengan keluarganya selepas tujuh tahun menjadi pengemis jalanan, kata ibu bapanya semalam.
Mary muncul di sebuah kafe di bandar Meulaboh, Aceh bagi mencari ibu bapanya.
Read more

Amaro menang X Factor pertama di AS

,


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja berusia 19 tahun, Melanie Amaro menjadi warga AS pertama memenangi pertandingan nyanyian The X Factor kelmarin.
Kemenangan itu melayakkan Amaro memperoleh kontrak rakaman lumayan bernilai AS$5 juta (RM15.7 juta) dan kontrak iklan Pepsi.
Read more

Misteri bola metalik jatuh dari langit

,


WINDHOEK, Namibia – Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari sini pada November lalu.
Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.
Read more

Lokasi tempat ramalan kiamat jadi tumpuan

,

BANDAR RAYA MEXICO - Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco.
Sebelum ini, Mexico dapat menarik kehadiran sekitar 22 juta pelancong luar pada setiap tahun.
Peningkatan mendadak dalam jumlah pelancong kali ini dikaitkan dengan ramalan penduduk Mayan bahawa kiamat bakal berlaku pada tahun depan.
Read more

Tanduk badak sumbu dipotong diganti dengan kayu

,

GENEVA - Pihak pengurusan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di Bern, Switzerland mengambil langkah drastik apabila bertindak menggantikan tanduk enam ekor badak sumbu yang diawet dengan kayu bagi mengelak ia dicuri.
Langkah itu dibuat selepas beberapa kurator muzium itu mendengar tanduk badak sumbu dicuri di beberapa muzium di seluruh Eropah termasuk di Britain, Perancis dan Jerman.
Read more

Berenang dalam tasik berais di Beijing

,

BEIJING - Berenang semasa musim sejuk di tasik berais merupakan amalan popular dalam kalangan golongan dewasa dan pesara di sini.
Amalan itu dipercayai akan memperbaiki peredaran darah dan memberikan manfaat kesihatan.
Berenang dalam tasik berais itu juga dikatakan mampu untuk meningkatkan tahap kesedaran mental, mengurangkan tekanan dan menghilangkan kesakitan.
Read more

Kilat kasut dapat RM476.52 sehari di Washington

,

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.
Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.
Read more

Turun dari jambatan untuk temui penduduk miskin

,

BANDAR RAYA GUATEMALA - Seorang anggota bomba Guatemala, Hector Chacon sanggup turun dari Jambatan Belize dengan menggunakan tali di sini kelmarin.
Chacon memakai kostum Santa Claus semasa dia turun dari jambatan kayu tersebut.
Read more

Majalah Playboy siar gambar bogel Lohan laris [ + gambar tambahan ]

,
LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.
Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.
Read more

Pemandangan kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis

,
WASHINGTON, Amerika Syarikat - Koleksi gambar kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) didedahkan buat pertama kali kepada umum, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Ia menunjukkan suasana kompleks di dalam kokpit tersebut yang dipenuhi susunan butang, tombol dan skrin.
Read more

Obama larang anak guna Facebook

,
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama melarang dua anak perempuannya daripada menggunakan Facebook kerana tidak mahu hal peribadi keluarga mereka diketahui orang luar, lapor akhbar MailOnline semalam.
Anak sulung Obama, Malia kini berusia 13 tahun dan dianggap cukup matang untuk menggunakan laman sosial tersebut manakala adiknya Sasha berusia 10 tahun.
Read more

Wanita India paling kerdil di dunia

,

NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.
Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.
Read more

Hanya 6.65 saat!!!

,

Korang pernah main rubik's cube? Pemegang official record untuk permainan ini adalah seorang pemuda bernama Feliks Zemdegs, dengan kelajuan 6.65 saat. PERGH!!!!! saksikan video dibawah
Read more

131 mati minum samsu haram

,

KOLKATA, India – Seramai 143 orang mati di timur India selepas meminum samsu yang dipercayai dicampurkan dengan bahan kimia beracun dan metanol, kata seorang pegawai semalam.
Beberapa hospital di daerah 24-Parganas, 30 kilometer ke barat bandar Kolkata dipenuhi pesakit yang meminum samsu haram itu.
Read more

Menu mewah telur ikan sturgeon di Switzerland

,


FRUTIGEN - Makmal Tropenhaus Frutigen di Bernese Oberland mengeluarkan telur ikan sturgeon Siberia untuk dijadikan makanan pembersih mulut, kaviar yang dijual pada harga 1,275 franc (RM4,298) bagi setiap 250 gram di Switzerland.
Read more

Pemandu cekap letak kereta di ruang sempit

,


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.
Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.
Read more

Mercedes berhias emas, delima untuk dijual

,


GENEVA, Switzerland - Seorang usahawan Switzerland, Ueli Anlicker mahu menjual sebuah kereta Mercedes-Benz SLR McLaren miliknya yang berhias emas dan delima pada harga AS$11 juta, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Kerja pengubahsuaian kereta unik itu yang dinamakan Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream, mengambil masa 30,000 jam dengan kos AS$4.3 juta.
Read more

Jatuh sakit selepas gigit testis biri-biri

,


CHEYENNE, Amerika Syarikat (AS) - Dua gembala jatuh sakit selepas menggigit hingga putus testis (buah zakar) beberapa ekor biri-biri dalam satu acara mengasi haiwan ternakan di negeri Wyoming, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Mereka yang mengalami cirit-birit, muntah, perut memulas dan demam dimasukkan ke sebuah hospital tempatan baru-baru ini dan disahkan mengalami radang usus akibat jangkitan bakteria kampilobakter jejuni.
Read more

Guna simen besarkan punggung

,

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa mangsa mula muncul bagi membantu polis untuk mengumpulkan bukti tentang perbuatan seorang lelaki yang menyamar sebagai pakar bedah plastik di negeri Florida.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger