dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c 2012 | Seronok Punya!

Followers

Landasan kereta api laju terpanjang beroperasi

,


BEIJING - Landasan kereta api laju terpanjang di dunia yang dibina di China mula beroperasi semalam, sekali gus menjadi pencapaian terbaharu sistem rel di negara berkenaan.

Laluan sejauh 2,298 kilometer (km) itu menghubungkan bandar raya ini dan kota metropolitan Guangzhou di selatan China.

Landasan itu membolehkan perjalanan antara kedua-dua kota metropolitan berkenaan dipendekkan kepada hanya lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.

Media tempatan, Televisyen Pusat China, menyiarkan perjalanan kereta api laju pertama dari Stesen Kereta Api Beijing Barat di sini pada pukul 9 pagi semalam.
Read more

Kene hack pulak dah!!!

,

Masih ingat lagi dengan lelaki yang bernama Arie Van's? Alahai, lelaki yang ingin memotong 'anu'nya apabila Malaysia menang menentang Laos dalam perlawanan bola sepak. Nampaknya, Arie Van's harus mengotakan janji, apabila Malaysia dengan segaknya menang keatas Laos 4-1.
Read more

Berani ke nak potong k*tey?

,

Tak habis dengan cerita mahu memisahkan anggota 'kemaluan' dari badan apabila pasukan bola sepak atau sebarang perlawanan sukan membabitkan Team Malaysia. Terbaru seorang pemuda berhasrat ingin memotong kemaluan selepas Malaysia menang menentang Laos pada Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 28 november ini ( malam ni ).
Read more

35 life hacks you should know.

,

Life Hacks - The term life hack refers to productivity tricks that computer programmers devise and employ to cut through information overload and organize their data. In more recent times, the same phrase has expanded to any sort of trick, shortcut, skill, or novelty method to increase productivity and efficiency, in all walks of life; in other words, anything that solves an everyday problem in a clever or non-obvious way might be called a life hack.

Senang cakap, benda yang akan membuatkan hidup korang lebih berkesan. Percayalah.








Read more

Gadis 12 tahun nikah lelaki untuk elak maksiat.

,


Seorang penduduk kampung bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuannya berusia 12 tahun dengan pemuda 19 tahun, mengatakan bahawa mereka tidak perlu terjebak dengan perbuatan haram.

Saad Mustafa berkata dia telah berfikir masak-masak tentang perkahwinan anaknya yang masih muda itu dan sedar tanggungjawab dalam kehidupan selepas berkahwin.
Read more

Faizal Tahir Bakal Lelong Semua Trofi Milik Beliau Untuk Membantu Gaza

,

“I’m selling off or rather auctioning off all of my trophies to raise funds for Gaza. ALL my trophies,” Antara salah satu tweet yang di copy dari laman twitter Faizal Tahir. Tekan read more untuk melihat lebih banyak print screen dari twitter beliau.
Read more

Cuba teka apakah ini.

,

Pembaca blog seronokpunya, apakah gambar ini. Berikan jawapan dalam masa 3 minit. Untuk jawapan, sila tekan read more. TQ :P
Read more

Puting beliung air landa pantai.

,


SYDNEY, Australia - Satu kejadian puting beliung air gergasi dilihat di kawasan pantai Teluk Batemans yang terletak sekitar 225 kilometer ke selatan bandar raya ini kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Read more

Korban serangan Zionis meningkat 96 orang.

,



GENTING GAZA - Serangan udara tentera Israel yang masuk hari keenam semalam meragut 13 lagi nyawa warga Palestin menjadikan angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 96 orang.

Serangan itu berlaku ketika usaha gencatan senjata sedang giat dilakukan oleh para pemimpin antarabangsa bagi menamatkan kekejaman Zionis.
Read more

Cara lelaki mengintai tandas wanita.

,

Cara sekumpulan lelaki mengintip. Sangat awesome! hahahaha

Read more

Pixel gambar terbesar!

,

Hebat! itulah perkataan yang dapat digunakan apabila melihat gambar ini. Ini bukan megapixel, tapi gigapixel.   Agak-agaknya berapa pixel ye kamera yang digunakan? Sangat menakjubkan!
Read more

Artifak emas abad ketiga Sebelum Masihi ditemui.

,


SOFIA - Sejumlah artifak emas pada abad ketiga Sebelum Masihi dipamerkan oleh pihak Muzium Arkeologi Bulgaria di sini kelmarin.

Antara artifak yang ditemui itu ialah patung emas berbentuk muka kuda, cincin, mahkota dan gelang emas.
Read more

Cara berkesan membezakan anak kembar

,

Cerita ni berkisarkan tentang seorang ibu di China yang mendapat anak kembar 4. Sorotan gambar menunjukkan hari itu adalah hari pertama kembar 4 ini ke sekolah. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan kepada cikgu di sekolah, si ibu telah mencukur rambut anak kembarnya. Dengan cukuran berbentuk......... hehe....
Read more

Bila Lady Gaga, Britney, dan Rihanna bertudung.

,

Mari lihat bagaimana rupa artis international ni bertudung. Hahaha

credit : pen patah
Read more

Rahsia Israel yang perlu anda tahu.

,


1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?
Read more

Tak pernah turun tangan selama 38 tahun.

,

New Delhi -  Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973. Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati tuhan Hindu, Shiva.

Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva.
Read more

Pembedahan selamatkan budak berpenyakit ganjil.

,


SYDNEY - Sepasukan doktor Australia semalam memuji pembedahan pertama di dunia ke atas seorang budak lelaki yang menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan tekanan darah tinggi dan strok.

Dikenali sebagai autosomal recessive polycystic dan congenital hepatic fibrosis, penyakit tersebut menyerang ginjal dan hati manusia.
Read more

Pemain pakau profesional AS menang RM26 juta.

,


LOS ANGELES - Seorang pemain pakau profesional dari Amerika Syarikat (AS), Greg Merson diumum sebagai juara Kejohanan Pakau Siri Dunia semalam, kata pihak penganjur.

Merson dinobatkan sebagai juara dunia selepas menamatkan perlawanan pakau peringkat akhir selama 13 jam.

Pemuda berusia 24 tahun itu membawa pulang wang tunai berjumlah AS$8,531,853 (RM26 juta) bersama gelang emas. Siri kejohanan tersebut mengambil masa sepanjang malam melibatkan 400 orang peserta di Las Vegas.
Read more

Meteorit 300kg ditemui di barat Poland.

,


WARSAW - Beberapa ahli geologi Poland berjaya menemui meteorit seberat 300 kilogram (kg) yang tertanam sedalam dua meter di kawasan Rizab Meteorit Morasko, di bandar Poznan, barat Poland.

Meteorit itu adalah yang terbesar pernah ditemui di rantau Eropah Timur. Penemuannya diharap dapat memberi petunjuk baharu mengenai komposisi teras Bumi.
Read more

Udang karang unik berwarna oren hitam.

,


BOSTON - Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika Syarikat (AS).

Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS.
Read more

VIDEO SERAM: Pontianak Terbang Di Highway Karak?

,

Kecoh di laman Internet terutamanya di laman Facebook apabila satu video ‘seram’ tersebar meluas kepada pengguna-pengguna Facebook.


Dalam video ‘seram’ iaitu ‘Pontianak …merayau di KM 42 Bukit Tinggi arah ke Kuantan’, jelas menunjukkan terdapat kelibat hantu atau pontianak yang sedang berdiri di tepi jalanraya.


Kalau ditonton sepanjang video itu, pontianak itu sekejap mencecah tanah, dan sekejap kemudian dia terbang ke langit.
Read more

Kaki penari ballet pro.

,

Melihat rupa seorang penari ballet memanglah saat yang indah kerana kecantikan seseorang penari itu. Tapi tahukah ana? rupa kaki seorang penari ballet yang profesional kelihatan seperti apa?  Nak tahu sila tekan read more, gambar disisipkan disana. A.W.A.S! ia mungkin memualkan anda.
Read more

Chewing Gum Ball terbesar di dunia

,


Barry Chappell merupakan seorang perokok tegar. Kerana ingin berhenti merokok, beliau telah mencuba memakan nicotine chewing gum setiap hari. Namun beliau tidak membuang hasil kunyahan chewing gum itu. Beliau akan menggentel nya dan menyimpannya


Kini setelah 6tahun menggentel, hasilnya adalah hasil kunyahan chewing gum sebesar 62 inci diameter dan seberat 175 pound. Sebanyak 92,500 biji chewing gum telah di gentel. [ klik bacaan penuh untuk melihat lebih gambar ]
Read more

Kecik-kecik dah gangster.

,

Hm, tak tahulah dapat gambar ni dari mana, dengar cerita dia ni anak kepada seorang gangster di China. Mula-mula tengok nampak gangster gile beb! tapi tengok lama-lama rasa nak tergelak plak...hahahaha.... [ klik bacaan penuh untuk melihat keseluruhan gambar ]
Read more

Wajah sebenar disebalik topeng Bandi Amuk.

,

Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana rupa sebenar Bandi Amuk. Disini kami sediakan beberapa gambar sebenar muka Bandi Amuk. Menurut sumber, sebelum Bandi masuk band Amuk, dia telahpun menganggotai kumpulan Febian terlebih dahulu. Disini kami sisipkan juga gambar Bandi semasa bersama kumpulan Febian. Ok jom layan gambar dibawah.
Read more

Wajah sebenar disebalik topeng Rey Mysterio.

,

Mungkin peminat-peminat ahli gusti yang lincah ini ingin tahu wajah sebenar disebalik topeng yang sentiasa dipakai ketika perlawanan gusti. Jadi secara tak sengaja, kami terjumpa gambar Rey Mysterio sewaktu menanggalkan topengnya. Agak-agak macam mana rupa dia sebenar? hehe. Klik bacaan penuh untuk melihat wajah sebenar Rey Mysterio.
Read more

Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas

,

HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga.

Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. - AFP

sumber - kosmo
Read more

Kutcher bakal jadi pelancong angkasa lepas

,

ALBUQUERQUE, New Mexico - Bilionair Britain, Richard Branson menyatakan aktor Ashton Kutcher menjadi pelanggannya yang ke-500 yang bakal berlepas ke angkasa lepas.

Branson membuat pengumuman itu dalam blognya kelmarin.

Kutcher akan menaiki kapal angkasa Virgin Galactic milik Branson.

Branson menghubungi Kutcher, 34, bagi mengucapkan tahniah dan menyatakan aktor tersebut berasa seronok kerana menjadi antara kumpulan pertama pelancong yang menaiki kapal angkasa Virgin Galactic mengelilingi orbit bumi.

Virgin Galactic kini berada pada peringkat terakhir ujian penerbangan.

Kapal angkasa itu akan memulakan penerbangan dari Terminal Spaceport America yang dibina di sebuah gurun di Upham, New Mexico.

Virgin Galactic merancang memulakan penerbangan komersial pada tahun 2013.

Branson menyatakan dia dan anak-anaknya merancang untuk menyertai penerbangan pertama ke angkasa lepas itu. - Agensi

sumber - kosmo
Read more

Angelina Jolie bertudung.

,

Ini adalah gambar Angelina Jolie sedang bertudung semasa lawatannya ke Pakistan. Cantik! Klik bacaan penuh untuk melihat gambar.

Cantik kan? :D
 
Read more

Budak 7 Tahun Dilaporkan Hilang Sudah Ditemui.

,

PETALING JAYA – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang petang kelmarin selepas keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, ditemui semula, awal pagi semalam.


Wan Hazim Mohd Khadir ditemui kira-kira jam 2 pagi oleh seorang lelaki di Lebuhraya KESAS menghala ke Klang ketika kanak-kanak itu sedang berjalan merayau di bawah jejambat berhampiran Summit USJ di Subang Jaya.



Lelaki itu menghantar budak lelaki itu ke Balai Polis Subang Jaya dan budak berkenaan kemudian dihantar rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cheras.

Ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, berkata beliau menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 7 malam semalam menyuruhnya datang ke balai berkenaan untuk membuat pengecaman gambar.

“Sebaik saja tiba di balai itu pada jam 10 malam, saya membuat pengecaman gambar budak lelaki yang dihantar ke JKM Cheras itu. Saya mengesahkan gambar itu adalah Wan Hazim. Saya rasa lega sebab anak saya selamat dan saya akan mengambilnya Isnin ini pada waktu pejabat sebab malam ini dan esok tidak dibenarkan kerana di luar waktu pejabat, ” katanya ketika ditemui di balai berkenaan malam tadi.

Wan Nor Azma berkata, risalah yang diedarkan beliau di kawasan perumahan termasuk balai berkenaan sebelum itu berjaya mengesan anaknya apabila pihak polis menyedari gambar risalah itu menyamai gambar yang berada dalam simpanan mereka.

Sebelum itu, Wan Hazim dikatakan menonton televisyen di ruang tamu kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, pulang menghantar abang mangsa dari sekolah dan keluar semula sambil memaklumkan kepada pembantu rumah bahawa mangsa sendirian di tingkat bawah rumah dua tingkat itu.

Pembantu rumah yang tidak mendengar laungan majikannya hanya turun ke tingkat bawah kira-kira 30 minit kemudian sebelum menyedari Wan Hazim tiada, namun beranggapan anak kedua daripada tiga beradik itu keluar bersama ibunya.

Kehilangan Wan Hazim hanya disedari jam 6 petang sebaik ibu mangsa pulang bersama anak bongsunya dan memaklumkan beliau meninggalkan anak keduanya bersendirian di ruang tamu ketika keluar.

Wan Nor Azma seorang peniaga berkata, sebaik menyedari anaknya hilang, beliau sekeluarga dengan bantuan jiran mencarinya di sekitar perumahan berkenaan, namun usaha yang dilakukan sehingga petang semalam menemui jalan buntu.

Katanya, pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk menyebarkan poster anaknya dan berjumpa dengan ustaz, namun belum menerima sebarang berita atau panggilan daripada orang awam.

Sementara itu, di PASIR GUDANG, empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan Nur Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang dipercayai diculik dekat Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini pada 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata tiga individu iaitu sepasang suami isteri dan seorang lelaki manakala seorang lagi, bapa kandung kanak-kanak itu.

“Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ini ditahan pada hari kanak-kanak ini dilaporkan hilang manakala bapanya ditahan kira-kira jam 7 malam Khamis lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam. -BHarianOnline dan mynewshub
Read more

Tembikai 4 segi.

,

 Bertempat di Jepun, negara mereka mengeluarkan tembikai berbentuk empat segi yang dilihat sangat unik kerana kebiasaan tembikai hanya berbentuk bulat atau bujur. Cara mereka membuat tembikai berbentuk 4 segi ini sangat mudah, iaitu menanam tembikai itu didalam bekas berbentuk 4 segi. Tembikai ini hanya di jual di beberapa pasaraya terpilih di Jepun dengan harga 10000 yen atau $83 sebiji. Ada berani nak beli? :D

Read more

Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik?

,


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) kerana didakwa mengandungi bahan-bahan bertoksik.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.

“Ujian Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH).

“Ftalat ini bertindak sebagai pelarut untuk PAH dan gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan dan menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.

“PAH merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik yang biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat dan ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed Idris seterus mendakwa, CAP berasa bimbang kerana tinjauan pihaknya mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak masa kini dan lebih membimbangkan ia turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah.

sumber : mynewshub
Read more

Bleach ke Naruto?

,

Antara siri anime bleach dan naruto mana satu yang seronok? keh keh.
Read more

Gunung Stong

,
Kisah misteri untuk malam jumaat. Jom layan :)


Kisah ini berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspedisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang di negeri Kelantan.

Kami sampai ke tapak perkhemahan jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi di bilik air yang disediakan, dan ada yang mandi di sungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram-sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami. Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam, masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi yang lain. Kami bercerita sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah. Rakan sekhemah ku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala mengerikan.

Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap-siap mendaki Gunung Stong. Masing-masing agak keletihan, maklumlah semalam kami menaiki bas untuk ke kawasan ini selama lebih lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap untuk mendaki. Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar. Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan perjalanan.

Kami sampai di pertengahan gunung lewat petang dan bersiap untuk bermalam di situ selepas turun dari puncak gunung nanti. Waktu itu ada di antara kami yang sudah tidak berdaya melangkah dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak. Mereka hanya menunggu kami di khemah. Aku bersama peserta yang lain meneruskan perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin sejuk. Akhirnya kami tiba di puncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.

Dalam perjalanan turun, aku adalah di antara yang akhir. Hari semakin gelap. Apabila sampai disuatu kawasan, kami terdengar suara siamang bersahut-sahutan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ada di antara peserta wanita yang kecut perut kerana bunyi itu rasanya betul-betul di atas kepala kami. Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari peserta yang berpengalaman mendaki gunung, kami menuruni gunung sambil berpegangan tangan. Ada di antara kami yang sudah terlalu lemah dan jatuh pengsan. Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali. Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai ke kawasan perkhemahan kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah melalui satu kawasan yang sama di mana terdapat pokok yang besar-besar entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki ke puncak tadi. Kami menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat di dalam hutan.

Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku. Mereka menasihatkan kami agar teruskan perjalanan menuruni gunung sambil menunjuk ke satu arah. Masing-masing melihat ke arah yang  di tunjukkan. Kumpulan pemuda tadi hilang entah ke mana. Masing-masing terdiam. Kami meneruskan perjalanan ke arah yang di tunjukkan dan tidak lama kemudian kami ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami. Sampai sahaja di khemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan. Kami tersesat lebih dari satu jam. Nasib baik ada kumpulan yang berjubah tadi membantu kami. Yang menghairankan kami, untuk apa mereka menuju arah ke puncak sedangkan di sana tidak terdapat sebarang perkampungan pun.

Entah kenapa, walaupun letih, aku merasa susah untuk tidur. Di luar hujan turun dengan lebatnya. Aku merasa risau kerana khemah kami didirikan di atas tanah yang tidak berapa rata. Takut nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.

Keesokkan harinya, kami berkhemas untuk turun ke tapak perkhemahan kami sebelum ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Di samping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan licin. Ada juga di antara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang menggelikan hati, ada yang terjatuh ke dalam lopak air yang agak dalam gagal untuk naik semula walaupun di tolong oleh beberapa orang.

Kami sampai di satu tempat rehat yang dinamakan Baha Camp. Di situ masing-masing melepaskan penat lelah dengan mandi dan memasak makanan. Hari pun sudah tengahari. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba ketua kumpulan ekspedisi menyuruh kami cepat bersiap untuk bertolak turun. Kami terpinga-pinga. Letihpun belum hilang rasanya. Dia kata sesuatu yang buruk telah berlaku dan menyuruh kami cepat meninggalkan kawasan itu. Aku segera naik ke darat dan mengambil barang-barang aku. Aku mendapat tahu yang salah seorang peserta wanita telah dirasuk makhluk halus. Dia tidak suka kami berada dikawasannya dan mengugut untuk merasuk lebih ramai lagi sekiranya kami terus berasa di situ. Walaupun takut, masing-masing masih dapat mengawal perasaan. Kami berkumpul dan berjalan bersama-sama menuruni gunung. Yang tinggal hanyalah ketua kumpulan, peserta yang di rasuk serta beberapa orang trecker yang bekerja di Baha Camp. Dalam perjalanan masing-masing masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku.

Kami sampai ditapak perkhemahan lewat petang. Selepas mendirikan khemah dan mandi kami bersiap untuk memasak. Dalam waktu itu kami melihat peserta yang di rasuk tadi turun bersama-sama yang lain. Dia kelihatan normal. Sebelum masuk ke kawasan khemah, Abang Baha (Ketua Baha Camp) membaca sesuatu lalu dihembus ke peserta tadi. Tiba-tiba dia menjadi lemah dan terus di sambut dan di papah kekawasan khemah. Dia dibaringkan di tengah-tengah padang dan abang Baha terus membaca jampi serapahnya. Kami tidak dibenarkan mendekati peserta tadi kerana menurut abang Baha makhluk yang merasuknya masih berada di kawasan itu bersama dengan kawan-kawannya. Walaupun kami tidak nampak makhluk dan kawan-kawannya itu, kami patuh pada arahan abang Baha.

Selepas makan malam, semua mengerumuni abang Baha untuk mengetahui cerita yang sebenarnya. Menurutnya makhluk halus yang tinggal di kawasan gunung itu marah pada peserta berkenaan kerana memetik sekuntum bunga dari pokok yang hanya menghasilkan bau setiap tujuh tahun. Katanya lagi jika kami masih berada di Baha Camp, mungkin lebih ramai lagi yang akan dirasuk. Walaupun makhluk itu berjaya diusir dari badan peserta berkenaan semasa di Baha Camp lagi, abang Baha terpaksa membenarkannya merasuk semula peserta itu untuk menolong mambawa peserta itu turun sehingga ke kawasan khemah. Jika tidak mereka menghadapi masalah untuk membawanya turun dengan keadaan badannya yang lemah. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh abang Baha mengenai hutan disitu.

Malam itu kami berkumpul dalam beberapa kumpulan. Masing-masing menceritakan kisah petang tadi dan ada juga yang menceritakan pengalaman yang serupa. Aku merasa seolah-olah seperti berada di Cineplex. Bila sudah jemu mendengar cerita satu kumpulan, aku beralih kekumpulan yang lain. Walaupun topik perbualan hampir sama, aku masih tetap mahu mendengarnya. Ada yang tidak tidur sehingga keesokan hari kerana asyik bercerita dan mendengar cerita.

Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, ketua ekspedisi memberi peluang pada setiap peserta untuk meluahkan isi hati masing-masing berkenaan ekspedisi kami ini termasuklah peserta yang dirasuk semalam. Walaupun dia tidak ingat setiap kejadian, tetapi dia memberitahu kami yang dia beberapa kali terserempak dengan beberapa orang yang bukan peserta ekspedisi semasa menaiki puncak Gunung Stong. Daripada kejadian yang aku alami, aku sedar betapa kita semua perlu menghormati harta benda orang lain dan jangan bersikap angkoh apabila memasuki sesuatu kawasan yang kita belum kenal sepenuhnya. Kita juga perlu menjaga flora dan fauna. Buat kawan-kawan yang sama-sama menyertai Ekspedisi Gunung Stong, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga kita bertemu diekspedisi yang lainnya.

Sekian.

sumber : kisah misteri
Read more

Did you believe it?

,

Video ini memaparkan seorang lelaki yang telah jatuh dari kediamannya, dan terus berguling sepanjang tangga batu tanpa sebarang kecederaan parah. Dan apa yang amat mengkagumkan, setelah jatuh dari anak tangga pertama, lelaki ini telah dilanggar kereta. Namun, macam tiada apa yang berlaku, lelaki ini bangkit, dan terus berjalan kaki tanpa ada sebarang pendarahan. Saksikan video dibawah.

Read more

Mac juga menyokong windows.

,

Saper kata komputer riba apple tak boleh menyokong windows. Meh sini aku nak tunjuk sikit. Sebelum klik bacaan penuh untuk melihat gambar, sila percaya dulu. :P
Read more

Video komersial iPad terbaru mula dipertonton.

,

Setelah beberapa jam CEO baru Apple Tim Cook melancarkan "the new iPad", kini video komersialnya juga telah dipertontonkan kepada umum. Dengan membuat beberapa pembaharuan daripada iPad 2 lepas, iPad terbaru ini mempunyai ciri yang lebih canggih dan menawan seperti retina display, dictation, 5 megapixel camera, quad core A5X chips dan juga menyokong 4G LTE.

Apple juga telah melancarkan ios terbaru mereka iaitu ios 5.1 yang kini dimuatkan kedalam iPad terbaru. Peranti lama apple yang menyokong ios 5 juga boleh memuat turun ios terbaru mulai hari ini. Mari saksikan video komersial "the new iPad" dibawah. Mantap weh!

Read more

Putera Harry tewaskan manusia terpantas dunia.

,

KINGSTON, Jamaica - Pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry menang menentang manusia terpantas di dunia, Usain Bolt di sini kelmarin.

Harry mendahului sejauh 50 meter di atas trek kerana Bolt berhenti dan ketawa melihat gelagat anggota keluarga diraja Britain itu.

Bolt yang merupakan pemenang pingat emas Olimpik itu kemudian berlari-lari anak ke arah Harry sambil mengangkat tangan di hadapan sejumlah penonton di padang Universiti West Indies di sini.

Mereka kemudian beramah mesra dan bergambar.

Harry sedang dalam lawatan ke rantau Carribean bagi mewakili neneknya yang juga pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II sempena sambutan 60 tahun baginda menaiki takhta.

Bolt memegang rekod Sukan Olimpik Beijing pada 2008 dengan catatan 9.69 saat. - Agensi
Read more

SBPA Batal, SSM Ditambah Baik Kekal.

,

PUTRAJAYA  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,  bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA
Read more

Kembar Obama dari seluruh dunia.

,

Mari tengok pelanduk dua serupa Obama dari seluruh dunia. Memang sebijik aku tengok diorang ni. Hehe, masing-masing ade nilai komersial. Boleh buat iklan ni. Obama pun boleh guna diorang untuk menyamar sebagai dirinya semasa kena demam. He he, mari tengok gambar dibawah.




Read more

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger