dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c January 2012 | Seronok Punya!

Followers

Penderma sperma percuma di AS disiasat

,

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki yang mendermakan spermanya sedang disiasat pihak berkuasa sama ada dia melanggar peraturan pendermaan sperma di AS.

Berasal dari California, Trent Arsenault (gambar) berkata, dia menderma sperma atas dasar muhibbah kepada pasangan yang mengidam mendapatkan cahaya mata dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Read more

Kucing dapat lutut palsu

,

RALEIGH, Amerika Syarikat - Kerana Cyrano memiliki berat lebih 9 kilogram, ia akan lumpuh jika satu kakinya yang lemah akibat kanser dipotong.
Cyrano atau nama penuhnya, Cyrano L. Catte II menjalani rawatan Universiti Colorado pada tahun lalu selepas satu kaki belakangnya diserang kanser. Cyrano semakin sembuh selepas dirawat tetapi kaki tersebut hampir tidak dapat berfungsi.
Read more

Pertandingan Payudara tercantik di Thailand [ 17+ ]

,
Tak sangka ada juga pertangdingan yang macam ni. Agaknya mesti contestant perempuan kat sini tak sabar-sabar nak menunjukkan payudara. Dan seperti yang dijangka, penonton lebih ramai dari peserta terutamanya lelaki miang yang sudah berumah tangga atau pun remaja yang baru mengenali dunia seks. Ok, mari lihat gambar dibawah. Awas hanya untuk 17 + sahaja.
Read more

Burung pertama di dunia ada bulu hitam

,

PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.

Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.
Read more

Lepas pelukan setelah dipujuk

,


GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.

Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.
Read more

Gadis Cantik Ini Memiliki Dua Vagina dan Dua Rahim!

,


Selama ini Hazel Jones selalu tertanya-tanya mengapa dia sering menderita kejang menyakitkan semasa period ketika mula-mula akil baligh. Jones selalu merasa sangat terganggu. "Itu tidak menyenangkan. Saya menderita masalah kejang menyakitkan dan menjalani periode menstruasi yang sangat berat. 
Pada usia 14 tahun setelah menjalani diagnosis doktor barulah dia mengetahui tentang keadaan badannya yang menakjubkan yang tidak dimiliki oleh wanita lain. Perempuan cantik berasal dari High Wycombe Britain ini rupa-rupanya memiliki dua vagina dan dua rahim.
Read more

Pejabat baharu Facebook

,

TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California.

Ia terletak di kawasan seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem.

Hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu.

Ruang dalam ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti.

Pelbagai bendera pelbagai negara juga dipamerkan di dalam pejabat tersebut.
Read more

Hawking minta manusia takluk planet lain

,


CAMBRIDGE, England - Ahli fizik tersohor, Stephen Hawking jatuh sakit dan terlalu lemah untuk menghadiri persidangan bagi meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-70 kelmarin tetapi dalam satu rakaman mesej, beliau mengulangi gesaan agar manusia menjelajah dan menakluki planet lain.

Naib Canselor Universiti Cambridge, Leszek Borysiewicz memberitahu hadirin bahawa Hawking yang hampir lumpuh sepenuhnya kerana menghidap penyakit saraf Lou Gehrig, telah dibenarkan keluar dari sebuah hospital kerana menghidap penyakit yang tidak didedahkan.
Read more

Maut kereta dihempap dahan pokok

,

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pontian maut manakala teman lelakinya parah apabila kereta yang dinaiki dihempap dahan pokok tembusu di persimpangan Jalan Gertak Merah - Dato' Menteri berhampiran Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru di sini semalam.
Read more

Terpisah 56 tahun kerana adat

,


KUALA LUMPUR – Gara-gara dilahirkan dalam keluarga yang terlalu ramai anak perempuan, seorang wanita, Lee Kon Kiew, 56, menghadapi detik pahit apabila dipisahkan dengan kakak kembarnya, Lee Kon Lin oleh ibu mereka ketika baru dilahirkan pada 2 November 1955 di Hospital Kuala Lumpur.

Kon Lin telah diserahkan kepada seorang jururawat keturunan Melayu di wad bersalin hospital berkenaan lantaran kepercayaan masyarakat Cina yang menganggap anak perempuan yang terlalu ramai hanya menyusahkan keluarga.
Read more

Jambatan kayu unik di Afghanistan

,

KABUL - Sebuah jambatan kayu menjadi tumpuan pergerakan kereta dan van di wilayah Daykundi, Afghanistan.
Jambatan itu menghubungkan dua kawasan berbukit di wilayah berkenaan.
Read more

Saintis temui ikan jerung hibrid

,

SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.

Ketua penyelidik berkenaan, Jess Morgan berkata, jerung hibrid tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan mengejutkan di bidang sains.
Read more

Samoa paling awal sambut tahun baharu

,


APIA, Samoa - Samoa menjadi negara pertama di dunia meraikan sambutan tahun baharu 2012 kerana garis masa antarabangsa meletakkan negara yang terletak di kepulauan Pasifik itu 24 jam lebih awal berbanding masa di negara-negara lain.

Samoa dan negara jirannya, Takelau terletak hampir dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentasi Lautan Pasifik secara menegak.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger