dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c March 2012 | Seronok Punya!

Followers

Wajah sebenar disebalik topeng Rey Mysterio.

,

Mungkin peminat-peminat ahli gusti yang lincah ini ingin tahu wajah sebenar disebalik topeng yang sentiasa dipakai ketika perlawanan gusti. Jadi secara tak sengaja, kami terjumpa gambar Rey Mysterio sewaktu menanggalkan topengnya. Agak-agak macam mana rupa dia sebenar? hehe. Klik bacaan penuh untuk melihat wajah sebenar Rey Mysterio.
Read more

Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas

,

HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga.

Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. - AFP

sumber - kosmo
Read more

Kutcher bakal jadi pelancong angkasa lepas

,

ALBUQUERQUE, New Mexico - Bilionair Britain, Richard Branson menyatakan aktor Ashton Kutcher menjadi pelanggannya yang ke-500 yang bakal berlepas ke angkasa lepas.

Branson membuat pengumuman itu dalam blognya kelmarin.

Kutcher akan menaiki kapal angkasa Virgin Galactic milik Branson.

Branson menghubungi Kutcher, 34, bagi mengucapkan tahniah dan menyatakan aktor tersebut berasa seronok kerana menjadi antara kumpulan pertama pelancong yang menaiki kapal angkasa Virgin Galactic mengelilingi orbit bumi.

Virgin Galactic kini berada pada peringkat terakhir ujian penerbangan.

Kapal angkasa itu akan memulakan penerbangan dari Terminal Spaceport America yang dibina di sebuah gurun di Upham, New Mexico.

Virgin Galactic merancang memulakan penerbangan komersial pada tahun 2013.

Branson menyatakan dia dan anak-anaknya merancang untuk menyertai penerbangan pertama ke angkasa lepas itu. - Agensi

sumber - kosmo
Read more

Angelina Jolie bertudung.

,

Ini adalah gambar Angelina Jolie sedang bertudung semasa lawatannya ke Pakistan. Cantik! Klik bacaan penuh untuk melihat gambar.

Cantik kan? :D
 
Read more

Budak 7 Tahun Dilaporkan Hilang Sudah Ditemui.

,

PETALING JAYA – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang petang kelmarin selepas keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, ditemui semula, awal pagi semalam.


Wan Hazim Mohd Khadir ditemui kira-kira jam 2 pagi oleh seorang lelaki di Lebuhraya KESAS menghala ke Klang ketika kanak-kanak itu sedang berjalan merayau di bawah jejambat berhampiran Summit USJ di Subang Jaya.



Lelaki itu menghantar budak lelaki itu ke Balai Polis Subang Jaya dan budak berkenaan kemudian dihantar rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cheras.

Ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, berkata beliau menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 7 malam semalam menyuruhnya datang ke balai berkenaan untuk membuat pengecaman gambar.

“Sebaik saja tiba di balai itu pada jam 10 malam, saya membuat pengecaman gambar budak lelaki yang dihantar ke JKM Cheras itu. Saya mengesahkan gambar itu adalah Wan Hazim. Saya rasa lega sebab anak saya selamat dan saya akan mengambilnya Isnin ini pada waktu pejabat sebab malam ini dan esok tidak dibenarkan kerana di luar waktu pejabat, ” katanya ketika ditemui di balai berkenaan malam tadi.

Wan Nor Azma berkata, risalah yang diedarkan beliau di kawasan perumahan termasuk balai berkenaan sebelum itu berjaya mengesan anaknya apabila pihak polis menyedari gambar risalah itu menyamai gambar yang berada dalam simpanan mereka.

Sebelum itu, Wan Hazim dikatakan menonton televisyen di ruang tamu kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, pulang menghantar abang mangsa dari sekolah dan keluar semula sambil memaklumkan kepada pembantu rumah bahawa mangsa sendirian di tingkat bawah rumah dua tingkat itu.

Pembantu rumah yang tidak mendengar laungan majikannya hanya turun ke tingkat bawah kira-kira 30 minit kemudian sebelum menyedari Wan Hazim tiada, namun beranggapan anak kedua daripada tiga beradik itu keluar bersama ibunya.

Kehilangan Wan Hazim hanya disedari jam 6 petang sebaik ibu mangsa pulang bersama anak bongsunya dan memaklumkan beliau meninggalkan anak keduanya bersendirian di ruang tamu ketika keluar.

Wan Nor Azma seorang peniaga berkata, sebaik menyedari anaknya hilang, beliau sekeluarga dengan bantuan jiran mencarinya di sekitar perumahan berkenaan, namun usaha yang dilakukan sehingga petang semalam menemui jalan buntu.

Katanya, pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk menyebarkan poster anaknya dan berjumpa dengan ustaz, namun belum menerima sebarang berita atau panggilan daripada orang awam.

Sementara itu, di PASIR GUDANG, empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan Nur Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang dipercayai diculik dekat Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini pada 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata tiga individu iaitu sepasang suami isteri dan seorang lelaki manakala seorang lagi, bapa kandung kanak-kanak itu.

“Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ini ditahan pada hari kanak-kanak ini dilaporkan hilang manakala bapanya ditahan kira-kira jam 7 malam Khamis lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam. -BHarianOnline dan mynewshub
Read more

Tembikai 4 segi.

,

 Bertempat di Jepun, negara mereka mengeluarkan tembikai berbentuk empat segi yang dilihat sangat unik kerana kebiasaan tembikai hanya berbentuk bulat atau bujur. Cara mereka membuat tembikai berbentuk 4 segi ini sangat mudah, iaitu menanam tembikai itu didalam bekas berbentuk 4 segi. Tembikai ini hanya di jual di beberapa pasaraya terpilih di Jepun dengan harga 10000 yen atau $83 sebiji. Ada berani nak beli? :D

Read more

Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik?

,


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) kerana didakwa mengandungi bahan-bahan bertoksik.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.

“Ujian Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH).

“Ftalat ini bertindak sebagai pelarut untuk PAH dan gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan dan menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.

“PAH merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik yang biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat dan ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed Idris seterus mendakwa, CAP berasa bimbang kerana tinjauan pihaknya mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak masa kini dan lebih membimbangkan ia turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah.

sumber : mynewshub
Read more

Bleach ke Naruto?

,

Antara siri anime bleach dan naruto mana satu yang seronok? keh keh.
Read more

Gunung Stong

,
Kisah misteri untuk malam jumaat. Jom layan :)


Kisah ini berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspedisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang di negeri Kelantan.

Kami sampai ke tapak perkhemahan jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi di bilik air yang disediakan, dan ada yang mandi di sungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram-sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami. Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam, masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi yang lain. Kami bercerita sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah. Rakan sekhemah ku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala mengerikan.

Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap-siap mendaki Gunung Stong. Masing-masing agak keletihan, maklumlah semalam kami menaiki bas untuk ke kawasan ini selama lebih lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap untuk mendaki. Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar. Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan perjalanan.

Kami sampai di pertengahan gunung lewat petang dan bersiap untuk bermalam di situ selepas turun dari puncak gunung nanti. Waktu itu ada di antara kami yang sudah tidak berdaya melangkah dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak. Mereka hanya menunggu kami di khemah. Aku bersama peserta yang lain meneruskan perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin sejuk. Akhirnya kami tiba di puncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.

Dalam perjalanan turun, aku adalah di antara yang akhir. Hari semakin gelap. Apabila sampai disuatu kawasan, kami terdengar suara siamang bersahut-sahutan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ada di antara peserta wanita yang kecut perut kerana bunyi itu rasanya betul-betul di atas kepala kami. Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari peserta yang berpengalaman mendaki gunung, kami menuruni gunung sambil berpegangan tangan. Ada di antara kami yang sudah terlalu lemah dan jatuh pengsan. Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali. Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai ke kawasan perkhemahan kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah melalui satu kawasan yang sama di mana terdapat pokok yang besar-besar entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki ke puncak tadi. Kami menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat di dalam hutan.

Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku. Mereka menasihatkan kami agar teruskan perjalanan menuruni gunung sambil menunjuk ke satu arah. Masing-masing melihat ke arah yang  di tunjukkan. Kumpulan pemuda tadi hilang entah ke mana. Masing-masing terdiam. Kami meneruskan perjalanan ke arah yang di tunjukkan dan tidak lama kemudian kami ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami. Sampai sahaja di khemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan. Kami tersesat lebih dari satu jam. Nasib baik ada kumpulan yang berjubah tadi membantu kami. Yang menghairankan kami, untuk apa mereka menuju arah ke puncak sedangkan di sana tidak terdapat sebarang perkampungan pun.

Entah kenapa, walaupun letih, aku merasa susah untuk tidur. Di luar hujan turun dengan lebatnya. Aku merasa risau kerana khemah kami didirikan di atas tanah yang tidak berapa rata. Takut nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.

Keesokkan harinya, kami berkhemas untuk turun ke tapak perkhemahan kami sebelum ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Di samping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan licin. Ada juga di antara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang menggelikan hati, ada yang terjatuh ke dalam lopak air yang agak dalam gagal untuk naik semula walaupun di tolong oleh beberapa orang.

Kami sampai di satu tempat rehat yang dinamakan Baha Camp. Di situ masing-masing melepaskan penat lelah dengan mandi dan memasak makanan. Hari pun sudah tengahari. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba ketua kumpulan ekspedisi menyuruh kami cepat bersiap untuk bertolak turun. Kami terpinga-pinga. Letihpun belum hilang rasanya. Dia kata sesuatu yang buruk telah berlaku dan menyuruh kami cepat meninggalkan kawasan itu. Aku segera naik ke darat dan mengambil barang-barang aku. Aku mendapat tahu yang salah seorang peserta wanita telah dirasuk makhluk halus. Dia tidak suka kami berada dikawasannya dan mengugut untuk merasuk lebih ramai lagi sekiranya kami terus berasa di situ. Walaupun takut, masing-masing masih dapat mengawal perasaan. Kami berkumpul dan berjalan bersama-sama menuruni gunung. Yang tinggal hanyalah ketua kumpulan, peserta yang di rasuk serta beberapa orang trecker yang bekerja di Baha Camp. Dalam perjalanan masing-masing masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku.

Kami sampai ditapak perkhemahan lewat petang. Selepas mendirikan khemah dan mandi kami bersiap untuk memasak. Dalam waktu itu kami melihat peserta yang di rasuk tadi turun bersama-sama yang lain. Dia kelihatan normal. Sebelum masuk ke kawasan khemah, Abang Baha (Ketua Baha Camp) membaca sesuatu lalu dihembus ke peserta tadi. Tiba-tiba dia menjadi lemah dan terus di sambut dan di papah kekawasan khemah. Dia dibaringkan di tengah-tengah padang dan abang Baha terus membaca jampi serapahnya. Kami tidak dibenarkan mendekati peserta tadi kerana menurut abang Baha makhluk yang merasuknya masih berada di kawasan itu bersama dengan kawan-kawannya. Walaupun kami tidak nampak makhluk dan kawan-kawannya itu, kami patuh pada arahan abang Baha.

Selepas makan malam, semua mengerumuni abang Baha untuk mengetahui cerita yang sebenarnya. Menurutnya makhluk halus yang tinggal di kawasan gunung itu marah pada peserta berkenaan kerana memetik sekuntum bunga dari pokok yang hanya menghasilkan bau setiap tujuh tahun. Katanya lagi jika kami masih berada di Baha Camp, mungkin lebih ramai lagi yang akan dirasuk. Walaupun makhluk itu berjaya diusir dari badan peserta berkenaan semasa di Baha Camp lagi, abang Baha terpaksa membenarkannya merasuk semula peserta itu untuk menolong mambawa peserta itu turun sehingga ke kawasan khemah. Jika tidak mereka menghadapi masalah untuk membawanya turun dengan keadaan badannya yang lemah. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh abang Baha mengenai hutan disitu.

Malam itu kami berkumpul dalam beberapa kumpulan. Masing-masing menceritakan kisah petang tadi dan ada juga yang menceritakan pengalaman yang serupa. Aku merasa seolah-olah seperti berada di Cineplex. Bila sudah jemu mendengar cerita satu kumpulan, aku beralih kekumpulan yang lain. Walaupun topik perbualan hampir sama, aku masih tetap mahu mendengarnya. Ada yang tidak tidur sehingga keesokan hari kerana asyik bercerita dan mendengar cerita.

Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, ketua ekspedisi memberi peluang pada setiap peserta untuk meluahkan isi hati masing-masing berkenaan ekspedisi kami ini termasuklah peserta yang dirasuk semalam. Walaupun dia tidak ingat setiap kejadian, tetapi dia memberitahu kami yang dia beberapa kali terserempak dengan beberapa orang yang bukan peserta ekspedisi semasa menaiki puncak Gunung Stong. Daripada kejadian yang aku alami, aku sedar betapa kita semua perlu menghormati harta benda orang lain dan jangan bersikap angkoh apabila memasuki sesuatu kawasan yang kita belum kenal sepenuhnya. Kita juga perlu menjaga flora dan fauna. Buat kawan-kawan yang sama-sama menyertai Ekspedisi Gunung Stong, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga kita bertemu diekspedisi yang lainnya.

Sekian.

sumber : kisah misteri
Read more

Did you believe it?

,

Video ini memaparkan seorang lelaki yang telah jatuh dari kediamannya, dan terus berguling sepanjang tangga batu tanpa sebarang kecederaan parah. Dan apa yang amat mengkagumkan, setelah jatuh dari anak tangga pertama, lelaki ini telah dilanggar kereta. Namun, macam tiada apa yang berlaku, lelaki ini bangkit, dan terus berjalan kaki tanpa ada sebarang pendarahan. Saksikan video dibawah.

Read more

Mac juga menyokong windows.

,

Saper kata komputer riba apple tak boleh menyokong windows. Meh sini aku nak tunjuk sikit. Sebelum klik bacaan penuh untuk melihat gambar, sila percaya dulu. :P
Read more

Video komersial iPad terbaru mula dipertonton.

,

Setelah beberapa jam CEO baru Apple Tim Cook melancarkan "the new iPad", kini video komersialnya juga telah dipertontonkan kepada umum. Dengan membuat beberapa pembaharuan daripada iPad 2 lepas, iPad terbaru ini mempunyai ciri yang lebih canggih dan menawan seperti retina display, dictation, 5 megapixel camera, quad core A5X chips dan juga menyokong 4G LTE.

Apple juga telah melancarkan ios terbaru mereka iaitu ios 5.1 yang kini dimuatkan kedalam iPad terbaru. Peranti lama apple yang menyokong ios 5 juga boleh memuat turun ios terbaru mulai hari ini. Mari saksikan video komersial "the new iPad" dibawah. Mantap weh!

Read more

Putera Harry tewaskan manusia terpantas dunia.

,

KINGSTON, Jamaica - Pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry menang menentang manusia terpantas di dunia, Usain Bolt di sini kelmarin.

Harry mendahului sejauh 50 meter di atas trek kerana Bolt berhenti dan ketawa melihat gelagat anggota keluarga diraja Britain itu.

Bolt yang merupakan pemenang pingat emas Olimpik itu kemudian berlari-lari anak ke arah Harry sambil mengangkat tangan di hadapan sejumlah penonton di padang Universiti West Indies di sini.

Mereka kemudian beramah mesra dan bergambar.

Harry sedang dalam lawatan ke rantau Carribean bagi mewakili neneknya yang juga pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II sempena sambutan 60 tahun baginda menaiki takhta.

Bolt memegang rekod Sukan Olimpik Beijing pada 2008 dengan catatan 9.69 saat. - Agensi
Read more

SBPA Batal, SSM Ditambah Baik Kekal.

,

PUTRAJAYA  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,  bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA
Read more

Kembar Obama dari seluruh dunia.

,

Mari tengok pelanduk dua serupa Obama dari seluruh dunia. Memang sebijik aku tengok diorang ni. Hehe, masing-masing ade nilai komersial. Boleh buat iklan ni. Obama pun boleh guna diorang untuk menyamar sebagai dirinya semasa kena demam. He he, mari tengok gambar dibawah.




Read more

Batu puaka.

,

Pada suatu hari, ayah aku membuat perancangan untuk pergi ke Pulau Langkawi memandangkan cuti sekolah sudah bermula. [cerita ini berlaku pada Mei1995] Ayah aku pun mengajak emak bapak dia pergi sama. Kami pun sampai bla...bla...

Hari 4 kami bercadang untuk ke Telaga Tujoh. Ketika kami sampai di sana, kami kena panjat/daki bukit [entah ler aku pun tak tahu]. Sampai di pertengahan jalan, datuk ku pening dan apabila pandang belakang jauh sangat dan minta turun balik. Kami ambil keputusan untuk berehat sebentar. Ketika sedang berehat kami ternampak batu cantik berwarna biru muda dekat tempat letak kereta [sekarang ada/tidak aku tak tau].

Kami ambil lebih kurang 11 batu itu untuk dibuat alat hiasan rumah dan pokok bunga. Hari sudah tengahari dan ayah mahu pulang. Malam tu..datuk aku menyimpan batu itu di dalam almari berdekatan dengan tempat tidur dia. Dia pun bermimpi...suatu hari tu. Dia menebas pokok pisang di belakang rumah tiba-tiba namanya dipanggil 'Bakar,Bakar' (bukan nama sebenar) seperti suara seorang perempuan [nak tahu tengok filem dupa cendana macammana namanya dipanggil 'dupa,dupa' begitulah lebih kurangnya]. Dia pun mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat seorang puteri tersenyum sambil melambai-lambai tangan ke arahnya dengan bauan yang amat wangi serta terapung-apung di udara [pokok jambu]. Dia tersedar dan menjerit [seperti histeria tapi tak lah sangat].

Dia mengamuk da dia menyuruh aku dan nenek pergi tengok di luar. Alangkah terkejutnya aku seorang puteri duduk di dahan itu sambil tersenyum kearah aku. Kemudian nenek mengambil payung yang berdekatan dengan aku tetapi aku menghalang nenek berbuat demikian kerana khuatir itu manusia nenek berkata itu bukan manusia tetapi makhluk ghaib. Aku memegang parang kayu dan nenek mengambil payung sambil menjolok-jolok ke arah puteri itu. Nenek aku ni memang pantang jumpa makhluk ghaib kerana dia mempunyai ilmu kekuatan. Dia bertempur dengan nenek entah berapa minit entah. Aku rasa ada 'can' kalau aku menyerangnya dari belakang. Aku naik keatas tangga kayu hendak membunuh puteri itu dari belakang tetapi tidak kena.Dia tidak sedar bahawa aku ada di belakang dia tiba-tiba ternampaklah satu pancaran bintang-bintang turun ke tanah. Keluarga aku hanya mampu menengok melainkan datuk. Bintang-bintang itu membentuk seperti puteri itu juga, aku bilang lebih kurang 10 orang puteri masa tu. Apalagi seisi keluarga turun membawa parang, kayu dll. Tiba-tiba puteri itu menoleh ke belakang dan bergabung membentuk boleh digambarkan seperti raksasa ngeri dibuatnya. Kami cuba melawan makhluk itu setiap kali mendepangkan tangannya ke arah kami. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku teringkat akan batu itu lalu aku ambil  dan berikan pada datuk. Datuk segera menunjukkan batu itu ke arah makhluk itu kemudian makhluk itu keluar menjadi puteri kembali dan kemudian mengundur ke belakang.

Tiba-tiba seorang daripada mereka berkata "Kami akan kembali" Datuk membaling batu tersebut lalu mengenai mereka dan selepas itu mereka ghaib.

Keesokannya kami berjumpa dukun untuk bertanya tentang tragedi semalam. Dukun berkata batu itu tempat puteri-puteri masa kecil dahulu bermain. Tetapi meningkat dewasa mereka dituduh mencuri batu itu. Kemudian mereka dijatuhi hukuman mati. Kini mereka hendak menntut balik barang kepunyaan mereka tetapi tidak boleh kerana batu itu datuk aku dah baca doa.

Sekarang batu itu masih dalam tangan datuk ku dan keluarga ku. Kita akan saksikan kisah selanjutnya tentang puteri itu muncul kembali 3 tahun selepas itu pada masa-masa akan datang dan saya akan cerita kisah yang lain pula.

sumber : xpoison
Read more

Iklan kontroversi Imam bercium mulut dengan Pope

,

Satu kempen iklan yang dibuat oleh syarikat pakaian terkenal, Benetton, telah mengeluarkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya di keluarkan kerana ia adalah satu benda yang memalukan. Apa yang dilihat terlalu melampau adalah iklan yang menampilkan gambar Imam Al-Azhar bercium dengan Pope Vatican ( gambar diatas ). Perkara ini adalah tidak patut sama sekali.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa gambar pemimpin negara dan orang kenamaan yang sedang bercumbu, antaranya, presiden Palestin Mahmoud Abbas bercumbu dengan perdana menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu, Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Il bersama presiden Korea Selatan Kee Myung-Bak dan juga presiden China Hu Jintao bercumbu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Apa yang menjadi persoalan, apakah patut iklan berbentuk poster ini dikeluarkan? Jurucakap Benetton berkata iklan ini adalah untuk meredakan kesengsaraan dan mengingatkan semua orang terhadap penderitaan di Afrika dan Athens. Tiada kena mengena langsung!

Hu Jintao dan Barack Obama bercium.

Kim Jong Il dan Lee Myung Bak bercium

Mahmoud Abbas dan Benjamin Netanyahu bercium.
Sumber : notakosong.com
Read more

Invisible Mercedes.

,

Aku rasa macam tak percaya dengan video ni, memang hebat ciptaan diorang. Mercedes ni menggunakan teknologi LED untuk membuatkan kereta ni halimunan. Cuba korang bayangkan, kalau korang bawak kereta ni, silap haribulan, boleh excident, hahahha.

Read more

Ibu Rakam Anak Dirogol Teman Lelaki.

,

SHAH ALAM – Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.
Read more

Jepun mengeluarkan bateri senipis kepingan filem.

,

Setebal cuma 0.3 milimeter (mm), kepingan bateri itu boleh digunakan dalam kad pintar dan kertas elektronik serta beberapa gajet bergerak yang lain.

Menurut NEC, bateri ORB itu memiliki 40 peratus lebih kuasa berbanding bateri ORB generasi lama.

Ia dibuat dengan menggunakan bahan mentah yang murah tetapi berkualiti. - AGENSI
Read more

Kini kobis tiruan.

,

Kalau waktu dulu heboh cerita pasal telur ayam tiruan buatan China, sekarang ni paling latest, dorang boleh pulak buat kobis tiruan. Kalau semua nak buat tiruan, mati la orang-orang kat sana makan bahan kimia jer hehe. Jangan sampai kat Malaysia dah la. Proses membuat kobis ini disediakan dibawah.







Read more

Setelah 125 tahun, rahsia minuman ini terbongkar.

,

Menyimpan rahsia selama 125 tahun adalah amat sukar. Terima kasih  kerana telah menipu kami selama mana kami mula start minum minuman ini. klik pada gambar untuk besar.
Read more

Cekal sungguh mereka ini.

,

Pelajar-pelajar di sebuah kampung bernama Pili di China terpaksa memberanikan diri pada setiap penggal permulaan sekolah untuk memulakan perjalanan panjang dan merbahaya untuk mereka sampai ke kelas. Kira-kira 80 pelajar melalui perjalanan sejauh 125 batu melalui wilayah autonomi Xinjiang Uighur.
Read more

Koleksi gambar haiwan albino. [ 11 gambar ]

,

Selalu kita tengok orang jer albino. Haiwan pun tak terlepas dengan penyakit genetik ni. Memang haiwan-haiwan ni warna dia putih! Jom layan. [ klik bacaan penuh untuk melihat gambar ]
Read more

Lelaki ini boleh pusing kepala 180 darjah.

,

Ngeri atau menakutkan ataupun geli? hahaha. Ini adalah kelebihan lelaki ni sampai boleh pusing kepala dia 180 darjah. Tak patah pulak tengkuk dia. Hebat! haha. Lihat video di bawah.

Read more

Payudara terus memanjang.

,

Kesian!! Payudara Membesar Sepanjang Lengan.. Kelainan Genetik, Payudara Membesar.Nia Kurnia (13), gadis berasal Subang, Jawa Barat, mengalami pembengkakan payudara atau giant mamae displasia. Kedua payudara Nia membesar hingga sepanjang lengan.
Read more

Lintah gergasi.

,
Lintah gergasi ini telah ditemui di Perak selepas kejadian banjir. Memandangkan besar macam ni, agak-agak berapa pain darah dia baru kenyang erk?? :D

klik untuk besar.

Read more

Seram : Kepala.

,

Cerita ini agak seram juga yang mana ia telah berlaku dekad abad yang lampau di mana di dalam sebuah kampung yang begitu aman dan tinggal seorang hamba yang bernama Samad (nama samaran) telah jatuh sakit dengan tiba-tiba.  Samad adalah seorang nelayan yang setiap pagi selepas menunaikan solat subuh dia akan turun ke laut untuk mencari rezeki.
Read more

Makhluk pelik di temui di Rusia.

,

Ini adalah beberapa gambar makhluk pelik yang ditemui di Rusia, menyerupai belangkas tetapi ia sangat berbeza dengan belangkas, persamaan dia hanya pada cengkerang di belakang badan. Apakah sebenarnya makhluk ini? sama-sama lihat, dan buat kesimpulan.
Read more

Lelaki penghisap payudara.

,

Seorang lelaki telah mengambil  kesempatan terhadap perempuan yang pengsan setelah bergaduh di China. Kejadian ini berlaku di sebuah restoren , akibat pergaduhan, perempuan itu telah pengsan dan pakaiannya telah terbuka dan mendedahkan payudaranya. Lalu datang seorang lelaki, terus menghisap payudaranya. Nampak sangat tiada sivik. Bertambah pelik lagi, orang awam yang lalu lalang langsung tidak mempedulikan kelakuan lekaki tersebut.
Read more

Labah-labah makan ular [ 5 gambar ]

,



Kebiasaan kita lihat labah-labah hanya memakan serangga yang terperangkap dekat sarangnya, tapi ni memang lain. Labah-labah yang diberi nama brown button ni berjaya menangkap seekor ular untuk dijadikan santapan. Macam mana ular tu boleh tersangkut dekat sarang tu? itu menjadi persoalan. EPIC!
Read more

Ada yang tak kena dengan gambar ni.

,

Hehe, cari apa yang tak kena dengan gambar ni. Berkemungkinan kostum yang dipakai ni susah ditanggalkan kot. Atau gambar ini telah di photoshop :D
Read more

Remaja perempuan melayu yang rosak.

,

Gambar ini diambil daripada facebook. Kalau tak tahu hukum hakam jangan sebut pasal hukum. Tahukah cik adik, minum arak itu dikategorikan sebagai maksiat? Baca komen penuh gadis ini tentang pengakuannya.
Read more

Wajah anak sulung Mawi

,

Setelah dua hari menanti, gambar wajah anak Mawi dan Ekin, yang diberi nama Cahaya Malaika, dikongsi bersama para peminatnya, semalam.

Gambar bayi perempuan itu dibekalkan kepada media pihak Astro petang semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan pada jam 4 pagi Selasa lalu di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor.
Read more

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger