dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Kutcher bakal jadi pelancong angkasa lepas | Seronok Punya!

Followers

Kutcher bakal jadi pelancong angkasa lepas

,

ALBUQUERQUE, New Mexico - Bilionair Britain, Richard Branson menyatakan aktor Ashton Kutcher menjadi pelanggannya yang ke-500 yang bakal berlepas ke angkasa lepas.

Branson membuat pengumuman itu dalam blognya kelmarin.

Kutcher akan menaiki kapal angkasa Virgin Galactic milik Branson.

Branson menghubungi Kutcher, 34, bagi mengucapkan tahniah dan menyatakan aktor tersebut berasa seronok kerana menjadi antara kumpulan pertama pelancong yang menaiki kapal angkasa Virgin Galactic mengelilingi orbit bumi.

Virgin Galactic kini berada pada peringkat terakhir ujian penerbangan.

Kapal angkasa itu akan memulakan penerbangan dari Terminal Spaceport America yang dibina di sebuah gurun di Upham, New Mexico.

Virgin Galactic merancang memulakan penerbangan komersial pada tahun 2013.

Branson menyatakan dia dan anak-anaknya merancang untuk menyertai penerbangan pertama ke angkasa lepas itu. - Agensi

sumber - kosmo

0 Komen to “Kutcher bakal jadi pelancong angkasa lepas”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger