dxJgvbFfC3_bKcGa8lKJNazuq-c Seram : Kepala. | Seronok Punya!

Followers

Seram : Kepala.

,

Cerita ini agak seram juga yang mana ia telah berlaku dekad abad yang lampau di mana di dalam sebuah kampung yang begitu aman dan tinggal seorang hamba yang bernama Samad (nama samaran) telah jatuh sakit dengan tiba-tiba.  Samad adalah seorang nelayan yang setiap pagi selepas menunaikan solat subuh dia akan turun ke laut untuk mencari rezeki.
Pada suatu hari ketika dia sedang membetulkan jaringnya datang sekumpulan samseng yang mengugut Samad supaya membayar pampasan cukai yang telah sekian lama tidak dijelaskan memandangkan rezeki yang diperolehi oleh Samad hanya cukup makan sahaja.  Oleh yang demikian beliau tidak dapat menjelaskan cukai tersebut.

Samseng tersebut telah mengkasari Samad dengan menolaknya, tetapi Samad yang ketika itu panas baran juga telah melawan dengan menumbuk samseng tersebut yang menyebabkan dia terjatuh.  Anggota samseng yang lain telah memegang Samad tetapi ketuanya telah mengarahkan melepaskannya dan beliau sendiri yang ingin bergaduh dengan Samad.  Perkelahian telah tercetus antara mereka berdua yang telah menyebelahi Samad.  Ketua samseng itu masih tidak puas hati dengan Samad dengan memberi amaran bahawa dia akan kembali lagi selepas ini.  Samad pun menyambung semula kerjanya sehingga waktu solat Asar.

Pada waktu senja Samad telah bersiap untuk ke surau yang tidak berapa jauh dari rumahnya untuk menunaikan fardu Maghrib  dan pulang ke rumah selepas waktu Isyak.  Dalam perjalanan Samad merasakan sesuatu mengekorinya dari belakang.  Ditolehnya, tapi tidak nampak apa-apa.  Dia pun meneruskan perjalanan pulang sehingga masuk ke rumah.  Selepas satu jam kemudian tiba dibelakang rumah Samad kedengaran orang menjerit, Samad dengan bergegas turun kebawah untuk melihat apa yang berlaku tanpa merasa takut atau sebagainya.

Dengan berbekalkan lampu pelita Samad menjenguk ke belakang rumahnya dan dengan tiba-tiba samseng-samseng pagi tadi menyerangnya dari belakang.  Samad terjatuh dan perkelahian telah berlaku tetapi kali ini mereka membawa senjata bersama mereka.  Samad telah dibunuh dengan kejamnya oleh mereka yang mana anggota badan Samad telah dipotong-potong dan hanya meninggalkan kepala Samad sahaja.  Mayat Samad telah dicampakkan ke dalam sungai.

Setelah beberapa hari selepas kejadian, rakan-rakan Samad yang juga nelayan dan para jemaah surau merasa hairan kerana tidak melihat Samad turun ke laut dan ke surau beberapa hari dan mengesyaki sesuatu telah berlaku ke atas Samad samada sakit atau sebagainya.  Mereka pun bercadang untuk menjenguk Samad di rumah dan setiba di rumah Samad mereka dapati pintu rumah Samad terbuka luas tetapi tidak ada orang menjawab salam.  Mereka masuk dan memeriksa rumah Samad tetapi tidak menemui apa-apa.  Mereka semua mengesyaki sesuatu telah berlaku dan salah seorang dari mereka telah nampak perkelahian Samad tempoh hari dengan samseng.  Sejurus itu mereka bergegas mencari Samad disekeliling rumah dan dengan tiba-tiba salah seorang dari mereka menjerit apabila mendapati dicelah-celah pokok pisang ada kepala Samad yang telah pun dipenuhi ulat dan semut.  Mereka terus melaporkan kejadian tersebut kepada Ketua Kampung, yang mana ketua kampung bergegas ke tempat kejadian.  Mereka mengesyaki apa yang telah terjadi adalah angkara samseng tetapi masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Mereka menyempurnakan bahagian badan Samad untuk disemadikan.  Roh samad tidak aman yang mana sejak kejadian mengerikan di kampung tersebut semua orang takut hendak pergi ke kawasan rumah Samad kerana roh Samad tidak tenteram dan pada suatu malam orang budak telah melihat kepala Samad terbang dari arah tanah perkuburan.

Budak itu bertempiaran lari ketakutan memberitahu orang yang sedang duduk bersembang di kedai kopi berdekatan tetapi tidak diendahkan.  Roh Samad hendak membalas dendam ke atas samseng-samseng tersebut.  Sejak tersebarnya cerita budak itu semua orang ada merasa takut tetapi masih tidak percaya dan pada suatu malam orang yang sedang sibuk bermain judi di sebuah pondok bertempiaran lari apabila tiba-tiba muncul kepala Samad dihadapan mereka.  Tujuan roh tersebut ialah untuk memberitahu bahawa beliau telah dibunuh dengan kejam oleh samseng-samseng tersebut.  Tetapi semua orang takut dan cabut lari.  Cerita kepala Samad berterbangan tersebar luas dan pada suatu malam tok imam  sedang memberi ceramah di surau dan tiba-tiba salah seorang jemaah menjerit pada tok imam.  Tok imam terkejut dan bertanya kenapa!!!!!! tetapi jemaah tersebut tidak dapat berkata apa-apa dan tok imam segera menoleh ke belakang dan terkejut melihat kepala Samad di belakangnya.  Tetapi tok imam yang kuat imannya segera membacakan surah dari mulutnya lantas berkata terus kepada Samad tujuan dia mengganggu penduduk kampung.  Kebetulan juga masa itu ketua kampung juga ada dan semua jemaah ada yang pengsan dan ada yang masih tergamam melihat kepala Samad.

Samad memberitahu Tok imam bahawa beliau telah dibunuh dengan kejam oleh samseng-samseng itu dan dan menyuruh tok imam dan ketua kampung mengambil tindakan ke atas mereka.  Tok imam, ketua kampung dan jemaah lain yang masih dalam ketakutan bergegas memanggil orang kampung lain untuk pergi ke tempat samseng-samseng itu selalu melepak.  Ketua kampung memanggil ketua samseng tersebut dan dengan megahnya dia keluar dengan mengatakan apa yang dimahukan oleh ketua kampung.  Ketua kampung dengan nada marah menyoal adakah mereka membunuh Samad dan dengan tegas ketua samseng menidakkannya.  Setelah beberapa kali ditanya lalu ketua kampung mengarahkan orang kampung memegang ketua samseng tersebut dan kuncu-kuncunya.

Tiba-tiba kepala Samad muncul di hadapan ketua samseng dan beliau dan orang kampung terkejut dan menjerit ketakutan.  Setelah Samad sendiri yang menanyakan soalan itu kepada ketua samseng barulah beliau memberitahu hal yang sebenarnya dan tanpa teragak-agak lagi ketua kampung pun mengambil tindakan ke atas samseng-samseng tersebut.

Semenjak hari itu barulah roh Samad aman dan keadaan kampung tersebut pulih seperti sediakala.

sumber : kisah misteri

0 Komen to “Seram : Kepala.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain cerita.

 

Seronok Punya! Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger